Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24 skrin

Kemas Kini Akan Datang Betulkan Isu “washed out” Skrin Galaxy S24

Diterbitkan Februari 15, 2024 ยท Dikemas kini Februari 15, 2024 oleh ariff bukhari

Apabila siri Samsung Galaxy S24 dilancarkan pada akhir Januari lepas, banyak aduan pengguna dalam talian menyebut tentang isu “washed out” pada skrin Galaxy S24 Ultra.

Biasanya untuk telefon Galaxy, cara mudah untuk menaikkan lebih banyak warna adalah menerusi Settings > Display > Screen Mode dan pilih profil Vivid berbanding pilihan Natural.

Walau bagaimanapun pengguna mengadu, mod penukaran yang ditawar pada siri S24 itu hampir tidak memberi perbezaan kepada warna yang dilihat pada skrin.

Respon terhadap aduan itu, Samsung memaklumkan bahawa mereka akan memperbetulkan isu itu menerusi kemas kini akan datang.

Kemas kini perisian yang akan datang bakal memberi pengguna pilihan untuk menyesuaikan tetapan Vividness dalam bahagian menu Advanced Settings untuk membawa lebih banyak warna yang dipaparkan pada peranti tersebut.

Kemas Kini Akan Datang Betulkan Isu “washed out” Skrin Galaxy S24

Selain itu, Samsung turut memaklumkan, kemas kini yang akan dilepaskan dalam bulan Februari ini juga mengandungi penambah baikan pada ciri kamera, termasuklah fungsi zum, mod potret, fotografi malam, keupayaan rakaman video kamera belakang dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra Lapor Isu Skrin Garisan Hijau
  • Rasa Tak Selesa, Pengguna Mahu Pulangkan Semula Apple Vision Pro
  • iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY