Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Diterbitkan Mac 19, 2019 oleh Haikel Areff

Beberapa minggu lepas, Samsung telah memperkenalkan tiga model baharu di bawah siri Galaxy S10 iaitu Galaxy S10, S10 Plus dan S10e di mana S10+ merupakan edisi paling premium manakala S10e pula adalah model paling asas.

Kali ini, saya diberi peluang untuk mencuba sendiri tahap keupayaan yang dimiliki oleh Samsung Galaxy S10 dan S10+, dua model dalam kelas yang lebih premium dalam siri kali ini.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
Galaxy S10
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
Galaxy S10+

Tujuan ulasan pada kali ini ialah memberi gambaran mengenai kualiti yang dimiliki oleh Galaxy S10 dan Galaxy S10+ dan secara tidak langsung dapat membantu mereka yang keliru untuk memilih model mana yang ingin didapatkan.

Sebagai permulaan, berikut adalah senarai spesifikasi bagi peranti Samsung Galaxy S10 dan S10+.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Reka Bentuk Luaran Menawan

Siri Galaxy S10 kali ini merupakan antara model terawal Samsung yang menggunakan rekaan skrin tebuk bagi membolehkan penggunaan bezel yang lebih kecil.

Disebabkan ia mempunyai tetapan dwi-kamera hadapan, “lubang” yang dimiliki oleh Galaxy S10+ adalah lebih besar berbanding Galaxy S10.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Sama seperti rekaan takuk, ada sebahagian daripada pengguna kurang menggemari rekaan skrin tebuk ini.

Akan tetapi, selain penggunaan kamera hadapan mekanikal, kami berpendapat ia adalah cara terbaik yang boleh diambil untuk memaksimakan paparan peranti.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Kedua-dua model ini menggunakan skrin Dynamic AMOLED namun perbezaan paling ketara mereka ialah saiznya. Galaxy S10 mempunyai skrin bersaiz 6.1-inci manakala Galaxy S10+ pula bersaiz 6.4-inci.

Berbeza dengan Galaxy S10e, dua model ini mempunyai rekaan melengkung di bahagian tepi skrin.

Selain daripada itu, rekaan Galaxy S10 dan Galaxy S10+ ini tidak jauh berbeza.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Kamera utama tiga lensa dibahagian belakang, butang kuasa di sebelah kanan, butang kuasa dan butang Bixby di sisi kiri, slot kad SIM di sebelah atas manakala port USB Type-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara di bahagian bawah peranti.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Dua model ini menggunapakai teknologi imbasan cap jari dalam skrin ultrasonic, maka ia tidak mempunyai sebarang sensor imbasan cap jari fizikal seperti Samsung Galaxy S10e.

One UI Ubah Persepsi Pengguna

Sebagai pengguna Galaxy Note 9, saya masih lagi belum bosan dengan antaramuka yang ditawarkan oleh Samsung One UI ini.

Ikon yang digunakan pada antaramuka ini nampak lebih profesional, sesuai dengan golongan pengguna yang disasarkan oleh syarikat Samsung.

Screenshot_20190314-180824_One UI Home
Screenshot_20190314-180828_One UI Home
Screenshot_20190314-180832_One UI Home

Salah satu masalah pada peranti Samsung sebelum ini ialah antaramukanya. TouchWiz yang digunapakai adalah mengecewakan, namun Samsung Experience telah memperbaiki segala kekurangannya.

Selepas itu, Samsung hadir pula dengan sistem One UI bersama Android 9 Pie. Ia seolah-olah telah menyempurnakan sesebuah peranti keluaran Samsung.

Samsung telah menampilkan beberapa aplikasi bloatware dan pra-pasang seperti Samsung Wearable, OneDrive, dan aplikasi-aplikasi Microsoft Office Mobile.

Screenshot_20190314-181038_Bixby Voice
Screenshot_20190314-181117_Bixby Voice

Bagi bantuan pintar pula, seperti biasa, Samsung membekalkan dua peranti ini dengan pembantu pintar mereka sendiri, Bixby. Namun, ia masih lagi gagal untuk menyaingi prestasi yang ditunjukkan oleh Google Assistant pada pendapat saya.

Akan tetapi, jika anda bersependapat dengan saya, anda kini dibenarkan untuk menukar fungsi butang Bixby berkenaan kepada aplikasi yang lain.

Screenshot_20190314-181003_Kids Home

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan beberapa fungsi menarik lain seperti sistem audio Dolby Atmos, Kids Home dan yang paling utama, Wireless PowerShare.

Kamera Berkualiti Tinggi

Berkenaan sistem kameranya pula, Galaxy S10 dan S10+ ini mempunyai tetapan kamera utama tri-lensa yang sama iaitu:

  • 16MP ultra-lebar f/2.2
  • 12MP sudut lebar f/1.5-f/2.4
  • 12MP telefoto f/2.4

Oleh kerana kedua-duanya menggunakan tetapan kamera yang sama, hampir tiada perbezaan diantara kualiti gambar yang dihasilkan oleh kedua-dua peranti.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Gambar yang diambil adalah amat terperinci dan berkualiti tinggi.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Dengan adanya lensa sudut luas pada peranti ini, ia mampu mengambil gambar seluas sudut pandang manusia.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Kualiti imej pada waktu malam juga adalah memberangsangkan namun masih lagi belum layak diiktiraf sebagai yang terbaik.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Namun, apa yang paling saya gemari pada kamera dua model ini ialah fungsi filters-nya. Salah satunya ialah Color Point dimana ia akan membuatkan latar belakang gambar anda berubah kepada warna hitam dan putih.

Perbezaan yang ada pada sistem kamera Galaxy S10 dan S10+ ialah pada kamera hadapannya.

Samsung Galaxy S10 hadir dengan tetapan kamera swafoto lensa tunggal 10MP f/1.9 manakala Galaxy S10+ pula didatangkan dengan tetapan kamera 10MP f/1.9 dan 8MP f/2.2 depth sensor.

Berikut adalah contoh gambar yang diambil menggunakan kamera swafoto bagi kedua-dua model ini.

*nota: Galaxy S10+ < > Galaxy S10
(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Untuk rakaman video pula, Galaxy S10 dan S10+ ini mampu merakam video sehingga 4K@30fps selain rakaman gerak perlahan sehingga 720p@960fps.

Rakaman video pada kualiti 1080p adalah sangat stabil dengan bantuan sistem OIS, namun pada rakaman 4K gegaran dapat dilihat dengan lebih ketara.

Bagaimanapun, ketika sedang menguji keupayaan kamera peranti ini, saya dapati badan peranti berasa panas selepas menggunakan kamera secara berterusan selama kira-kira setengah jam.

Spesifikasi Dalaman Kelas Premium

Sama seperti tetapan kamera utama, sistem dalaman bagi Galaxy S10 dan S10+ yang ada pada saya ini juga tidak jauh berbeza.

Kedua-duanya menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos 9820, memori 8GB RAM, simpanan dalaman 128GB serta menggunakan sistem operasi Android 9 Pie “bertopengkan” One UI.

Sebagai sebuah peranti kelas perdana, mereka berjaya menjalankan tugas harian biasa dengan sangat baik.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Bermain permainan video popular masa kini seperti Real Racing 3 dan Asphalt 9 juga tidak menimbulkan sebarang masalah.

Keduanya berasa agak panas selepas bermain permainan video secara berterusan selama kira-kira 1 jam.

Bagi sistem keselamatan peranti pula, kepantasan imbasan cap jari yang dimiliki oleh kedua-dua peranti sukar untuk dibezakan.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Akan tetapi selepas ujian dijalankan sebanyak 7 kali, Galaxy S10+ didapati mili-saat lebih pantas berbanding Galaxy S10 sebanyak 4 kali.

Nyah-kunci menggunakan pengesanan wajah juga tidak menunjukkan perbezaan ketara. Keduanya mampu dijalankan dengan pantas.

Daya Tahan Bateri Yang Baik

Beralih kepada sistem tenaga bateri bagi dua model ini pula. Samsung telah membekalkan bateri berkapasiti 4100mAh bagi Galaxy S10+ manakala Galaxy S10 pula dikuasakan oleh bateri sebesar 3400mAh.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Kedua-duanya mampu bertahan untuk penggunaan seharian tanpa sebarang masalah. Di akhir hari saya, bateri Galaxy S10 masih berbaki kira 10%-15% dan Galaxy S10+ pula berbaki 15%-25%.

Namun, ketika saya bermain games secara berterusan selama 1 jam, Galaxy S10+ telah kehilangan kira-kira 22% kuasa bateri manakala Galaxy S10 pula berbaki 73% selepas 1 jam bermain.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Untuk pengecasan pula, Samsung masih lagi membekalkan model premium mereka dengan pengecasan pantas Quick Charge 2.0 15W yang bagi saya sudah agak ketinggalan.

Kepantasan pengecasan bagi model Galaxy S10+ adalah seperti berikut:

  • 30 minit – 43%
  • 60 minit – 79%
  • 1 jam 38 minit – 100%

Manakala bagi Galaxy S10 pula:

  • 30 minit –  47%
  • 60 minit – 84%
  • 1 jam 28 minit – 100%

Bercakap mengenai pengecasan, Galaxy S10 dan S10+ ini juga didatangkan dengan teknologi Wireless Powershare yang membolehkannya mengecas peranti lain secara berbalik.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Disebabkan Galaxy S10+ mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar, saya menggunakannya untuk mengecas Galaxy S10 secara pengecasan berbalik. Keputusannya adalah:

  • 10 minit – 5%
  • 20 minit – 9%
  • 30 minit – 14%
  • 60 minit – 28%

Bagaimanapun, pengecasan berbalik ini akan terhenti secara automatik apabila peranti yang berkongsi kuasa itu mempunyai baki bateri kurang dari 30%.

Keseluruhan

Samsung Galaxy S10 dipasarkan pada tanda harga RM3,299 manakala Galaxy S10+ pula didagangkan pada harga RM3,699.

Jika ditanya kepada saya, Samsung Galaxy S10 sudah memadai memandangkan saya bukanlah “kaki selfie” dan kurang mengambil berat mengenai saiz paparan peranti.

(Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 – Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri

Walaupun bateri Samsung Galaxy S10 lebih kecil berbanding Galaxy S10+, kedua-duanya berjaya bertahan selama seharian tanpa masalah dan bagi saya itu sudah mencukupi.

Namun bagi anda yang mahu dapatkan kualiti swafoto yang lebih baik serta skrin dan bateri peranti yang lebih besar, Galaxy S10+ sememangnya untuk anda.

Pujian juga harus diberikan kepada pihak Samsung kerana mengurangkan jurang perbezaan di antara dua model ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY