[Ulasan Ringkas]- Aplikasi Podcast Ais Kacang

Ais Kacang merupakan satu aplikasi podcast yang mengetengahkan tentang isu semasa dan menghidangkan pengisian yang mengupas pelbagai topik menarik, berbeza dari radio tradisional. Podcast adalah platform popular di luar negara tetapi ia masih baru di Malaysia.


Ais Kacang adalah satu bentuk media digital yang terdiri daripada beberapa siri pilihan bersama episod fail audio yang boleh dilanggan dan dimuat turun melalui penstriman web atau melalui telefon pintar.



Dari segi rekaan antaramuka yang diketengahkan, saya rasa tiada masalah kerana ianya sangat ringkas dan minimalis. Di laman utama pengguna dapat memilih 3 jenis segmen yang terdiri daripada bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.



Antara program yang menarik perhatian adalah The Balls, The True Me, How to Adult (English), Face With Fara, Yu Laser, Paranormal, Tolong Ketawa, Why Repose? Oleh Diva AA (Bahasa Melayu), Gossip Talk di Mahjong Table, Feng Shui (Cina) dan banyak lagi.



Bukan itu saja, setiap daripada pendengar juga boleh memulakan podcast mereka sendiri dengan menghantar rakaman dan bekerjasama dengan Ais Kacang di sini.




Ulasan Ringkas : Kemas dan Minimalis

Setiap satu episod berjalan dalam 3 ke 4 minit. Saya memilih untuk mendengar siri The Balls yang berkisarkan tentang cerita dan kupasan mereka tentang bola. Ianya seperti mendengar perbualan orang kebiasaan di mamak. Sangat dekat dihati pendengar. Berbeza dengan pengisian yang selalu kita dengar di radio mahupun rancangan TV.

Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati apabila menggunakan aplikasi podcast ini terutamanya dari segi kawalan dari episod ke episod. Mereka perlu meletakkan butang 'NEXT' untuk memudahkan pengguna meneruskan ke episod seterusnya.

Saya juga berpendapat aplikasi podcast Ais Kacang ini akan jadi lebih menarik jika mereka meletakkan ruang untuk pengguna berinteraksi dengan jurucakap atau selebriti di setiap siri dengan meletakkan ruang komen di setiap episod.

Dari segi pengisian, mereka perlu menyusun setiap siri mengikut ketegori masing-masing supaya lebih mudah untuk pengguna memilih citarasa yang ingin didengari.

Aplikasi ini juga agak berat dari segi masa 'loading' tetapi secara keseluruhannya, aplikasi Ais Kacang ini membawa sesuatu kelainan dalam dunia digital Malaysia. Sesuai untuk penggemar ASMR yang sukakan bunyi yang sedap dan pengguna yang susah untuk tidur.

Worth a try!

Boleh dapatkan di Google Playstore dan Apple Store.

wiser.my