(Ulasan) Realme C1 - Harga Murah Tapi Mewah Dengan Ciri-Ciri Menarik

Menembusi pasaran Malaysia pada November lepas, Realme mempertaruhkan tiga buah model pada hari pelancaran iaitu Realme 2, Realme 2 Pro dan sebuah model kelas bajet iaitu Realme C1.

Perhatian banyak diberikan kepada Realme 2, lebih-lebih lagi versi Pro yang berjaya terjual sebanyak 3000 unit dalam masa 3 jam di Shopee pada 11.11 Big Sale lepas. Bagi yang terlepas pandang model bajet ini, mari kita selidik Realme C1 yang hanya didagangkan pada harga RM499.





Adakah berbaloi mengeluarkan RM499 dari poket anda untuk peranti yang disebut-sebut sebagai "Entry-Level Beast"? Jom baca ulasan dibawah.

Rekaan

Perkara pertama sekali pastinya luaran yang anda lihat. Walaupun dikelaskan sebagai kelas permulaan, Realme C1 masih mahu tampil bergaya. Panel belakang terdiri daripada 12 lapisan 2.5D dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3.



Dibelakang kelihatan dwi kamera diletak pada penjuru kiri atas dan luar bingkainya adalah flash. Bingkai mengelilingi peranti melengkung dan sedikit besar, memberi ruang kepada pegangan yang lebih selesa.

Disebelah bawah terdapat speaker, port Mikro USB, bicu audio 3.5mm. Berdekatan pelaras kelantangan bunyi terdapat slot untuk SIM Nano + SIM Nano + kad MikroSD yang menyokong dwi 4G dan dwi VoLTE.



Butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi berada ditempat yang betul. Mudah diakses untuk ketika penggunaan satu tangan.



Skrinnya menggunakan ukuran 6.2 inci dengan nisbah paparan 19:9. Menurut Realme, ia merupakan saiz paparan pertama dalam barisan peranti pada jarak harganya.



Rekaan takuk diatas menempatkan kamera selfie, earpiece dan sensor cahaya. Bagi harga RM499, rekaan keseluruhan Realme C1 cukup memuaskan hati kami.

Antaramuka



Menjalankan ColorOS5.1 berasaskan Android 8.1, Realme C1 datang dengan beberapa ciri sokongan seperti Full Screen Multitasking. Seperti contoh, ketika bermain permainan, ada pintasan kepada aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, WeChat, Mesengger, Line dan SMS.



Untuk sistem nyahkunci, tiada pengimbas cap jari disediakan namun ada fungsi imbasan wajah dan kelajuannya tidak menghampakan. Terdapat juga, nyahkunci melalui SmartLock: Trusty Places, Trusty Devices, dan Pengesan gerakan.

Jika anda seorang yang sibuk, gunakanlah ciri Split Screen, atas boleh tonton video bawah boleh balas mesej.



Prestasi 

Realme C1 dipersenjatakan dengan cip Snapdragon 450 bersama-sama memori RAM 2GB dan ruang simpanan data sebesar 16GB yang boleh diluaskan  sehingga 256 GB melalui kad MikroSD.

Janaan kuasa pula disalurkan dari bateri berkapasiti 4230mAh. Kami lenjan telefon pintar bajet ini dengan memainkan aplikasi PUBG.

Bagi melancarkan permainan, ColorOS 5.1 yang dijalankan dalam peranti menyediakan Realme Game Space dimana ia akan memaksimakan penggunaan perkakasan bagi meningkatkan kemampuan grafik. Disamping itu, ciri menyekat notifikasi dan panggilan suara bagi pengalaman bermain tanpa gangguan.



Permainan PUBG (WiFi) dimainkan ketika paras bateri berada pada 39% dan lebih kurang 28 minit kemudian, kuasa bateri pada tahap 27%. Hanya penurunan sebanyak 12%. Tetapan yang digunakan adalah Low (Frame Rate) dan Smooth (Graphics).

Selepas itu, kami melayan video di YouTube selama 35 minit, bateri dilihat turun ke tahap 15%. Senang kata, Realme C1 mampu bernyawa untuk sehari lebih (mungkin berbeza ikut penggunaan).



Disebabkan kapasiti baterinya yang besar, masa yang diambil untuk pengecasan penuh adalah sekitar 4jam 20 minit menggunakan pengecas yang dibekalkan dari dalam kotak.

Kamera



Kamera belakang merupakan gabungan 13MP dan 2MP. Disebelah hadapan pula diletakkan kamera selfie 5MP. Peranti ini dibekalkan dengan mod potret, AI beauty, Smart Image Editing dan .

PDAF yang ada berupaya memberikan ciri fokus yang sedikit pantas untuk foto dan memastikan rakaman video pada 1080p.

Contoh gambar ada dibawah dan kami beri peluang anda untuk menilainya sendiri.



Kesimpulan

Dengan nilaian RM449, Realme C1 boleh dikatakan peranti mesra poket yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Pemproses dari Qualcomm yang menghidangkan prestasi baik dalam kelasnya, kamera yang boleh tahan kualitinya, dan bateri yang sangat memuaskan. Jadi tidak hairanlah ia digelarkan sebagai "Entry-Level Beast".

Jadi bagi anda yang sedang tercari-cari peranti dengan harga bajet untuk digunakan mahupun diberikan kepada anak-anak ataupun ibu bapa, Realme C1 mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan.

Anda mahu harga lebih murah? Bermula dari 10 Disember (12 pagi), Realme C1 akan ditawarkan hanya pada RM399 pada jualan kilat Lazada. Promosi ini akan berjalan sehingga stok habis.

Pembelian dengan harga promosi RM399 boleh didapati di sini - Lazada Realme C1