Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X3 GT_1

POCO X3 GT – Memang Padu, Harga Mesra Poket

Diterbitkan Ogos 8, 2021 · Dikemas kini Ogos 8, 2021 oleh ariff bukhari

Pada lewat Julai lalu, POCO X3 GT telah pun dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan.

Mungkin ada yang tidak tahu, telefon pintar POCO X3 GT adalah varian yang dijenamakan semula dari Redmi Note 10 Pro 5G di China.

Jadi reka bentuknya memang sama sahaja dengan model tersebut. Tetapi yang membezakannya adalah spesifikasi dalamnnya.

POCO X3 GT dikuasakan oleh cip dari siri MediaTek Dimensity 1100 di mana ia adalah cip pemprosesan 6nm yang dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan pantas bersaiz 128GB atau 256GB UFS 3.1.

1 spesifikasi POCO X3 GT
Tiada bicu audio 3.5 mm pada Poco X3 GT.

Ia juga dilengkapi dengan skrin FHD+ IPS LCD bersaiz 6.6 inci dengan kadar segar 120Hz yang dilindungi oleh Corning Gorilla Victus yang lebih baik daripada versi Corning Gorilla 5 dan 6 bagi memberi ketahanan yang lebih baik.

Dibahagian belakangnya dilengkapi dengan kamera utama 64MP, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.Sementara kamera hadapan pula adalah 16MP.

POCO X3 GT – Memang Padu, Harga Mesra Poket

Selain itu ia turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W, dwi-SIM, sokongan 5G, WiFi 6, pengimbas cap jari dan wajah, dwi-pembesar suara Dolby Atmos serta menyokong Hi-Res dan Hi-Res tanpa wayar.

Secara keseluruhan, spesifikasi POCO X3 GT ini memang padu. Ini terbukti dengan kualiti paparan 120Hz nya serta audio yang disokong oleh ciri Dolby Atmos.

Malah prestasinya dari cip siri MediaTek Dimensity 1100 juga tidak mengecewakan. Jadi kalau setakat nak bermain permainan-permainan online seperti Genshin Impact, Ragnarok X dan Asphalt 9 di telefon pintar ni memang tiada isu, lancar dan mantap.

spesifikasi POCO X3 GT
Pengecas pantas 67W membolehkan bateri 500mAh Poco X3 GT di cas penuh sekitar 45 minit sahaja dari 0% hingaa 100%.

Jadi apa yang boleh disimpulkan adalah POCO X3 GT ditawarkan dengan pakej yang lengkap yang sesuai untuk anda yang mahukan sebuah telefon pintar berprestasi, bateri yang pantas dicas dan harga yang berpatutan.

POCO X3 GT berharga RM1,299.00 bagi varian 8GB RAM dengan storan 128GB dan RM1,599.00 untuk varian 8GB RAM dengan storan 256GB.

Ia ditawarkan dal;am 3 pilihan warna menarik iaitu Stargaze Black, Cloud White dan Wave Blue.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi POCO X3 GT ini, anda boleh layarai laman rasmi POCO atau tonton video review dari kami.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY