Ulasan
(Ulasan) Huawei Nova 4e – Sesuaikah Telefon Pintar Ini Untuk Anda?
Ditulis
7 bulan lepaspada
Oleh
Helmi SamsuriHuawei Nova 4 rasmi memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan Januari yang lalu. Dua bulan selepas itu, giliran ‘adiknya’, Nova 4e, pula dipertaruhkan, memeriahkan lagi penawaran siri Nova untuk peminat tempatan.
Huawei 4e juga dikenali sebagai Huawei P30 Lite dibeberapa pasaran luar, ia disasarkan kepada golongan muda yang mahukan rekaan menarik bersama-sama spesifikasi bersesuaian dengan tanda harga yang diletakkan padanya. Bagi yang tertanya-tanya perihal mengenai Huawei Nova 4e ini, ikuti ulasan kami setelah menggunakannya beberapa ketika.
Spesifikasi yang dibawa oleh Huawei Nova 4e
- Skrin TFT LCD 6.15 inci dengan resolusi FHD 2312 x 1080p
- Cip pemprosesan Kirin 710
- RAM 6GB
- Storan dalaman 128GB
- Tri-kamera belakang 24MP (sudut lebar, f/1.8)+8MP (sudut ultra-lebar)+2MP (kesan bokeh)
- Kamera hadapan 32MP (f/2.0)
- Slot dwi kad SIM hybrid (SIM/MikroSD)
- Bateri 3340mAh menyokong pengecasan 18W (USB-C)
- EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie
- Warna: Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue
Rekaan yang sedap digenggam tangan
Huawei Nova 4e tampil dikeluarkan dengan ukuran 72.7 mm x 152.9mm x 7.4mm dan sisinya yang melengkung membuatkan gengaman tangan selesa dibuat.
Seperti biasa, butang kuasa dan pelaras kelantangan bunyi berada disisi kanan dengan jarak yang mudah dicapai ibu jari. Sisi bertentangan dengannya pula bersih tanpa sebarang slot dwi kad SIM seperti Nova 4, dimana kini ia berada dibahagian atas.
Bahagian bawah pula ditempatkan dengan bicu audio 3,5mm port pengecasan USB-C dan pembesar suara. Satu lagi perbezaan ketara berbanding model ‘abangnya’ adalah rekaan takuk umpama titisan air, dihuni dengan lensa swafoto 32MP.
Panel belakang pula diperbuat daripada kaca dilapisi dengan tiga pilihan warna yang pastinya digemari golongan muda. Warna biasa untuk telefon pintar, hitam dan putih yang menimbulkan elemen elegan pada peranti.
Satu lagi warna yang tersedia adalah Peacock Blue, tona warna berubah mempamerkan corak menawan mengikut sudut pandangan mata.
Sistem operasi Android 9 Pie dilapisi dengan EMUI 9.0
Huawei Nova 4e menjalankan sistem antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie. Ia siap terpasang dengan beberapa aplikasi seperti AppGallery, Health, Party Mode dan Ride Mode.
Ia tidak mempunyai app drawer dan bagi yang kurang gemar dengan butang navigasi, boleh tukarkan kepada isyarat navigasi menerusi sentuhan dari sisi dan bawah paparan.
Bagi memudahkan pemindahan fail tanpa pengguna kabel, pengguna boleh menggunakan ciri Huawei Share dan ciri Phone Clone memudahkan anda mengklonkan peranti untuk bertukar kepada telefon yang lain.
Kirin 710 yang tidak mengecewakan
Selanjutnya kita bercerita dari segi penggunaan serta prestasi yang ditawarkan oleh Huawei Nova 4e. Dibahagian dalam dikuasakan dengan cip Kirin 710, sama seperti yang terdapat pada Honor 8X dan Honor 10 Lite.
Gabungan cip pemprosesan dengan RAM 6GB serta ruang storan sebesar 128GB, memberikan pretasi yang baik bagi sebuah peranti pertengahan. Melancarkan aplikasi dan bertukar antara setiap satunya tidak mendatangkan masalah yang membuatkan pengguna pening kepala.
Huawei Nova 4e mampu menjalankan aplikasi permainan bergrafik tinggi seperti PUBG dengan lancar. Tipulah kalau tiada langsung aplikasi berat yang tersekat atau sedikit lambat dibuka. Ada, tetapi minima dan secara keseluruhannya beraksi baik sebagai sebuah peranti pertengahan.
Bahagian skrin pula menghamparkan paparan yang berkualiti, walaupun tidaklah setanding dengan skrin beresolusi QHD. Sudah cukup untuk memberikan kepuasan ketika menonton video.
Selain sistem sekuriti menggunakan corak, kata laluan dan lain-lain, Huawei Nova 4e turut disertakan dengan ciri imbasan biometrik; cap jari dan wajah.
Sensor pengimbas cap jari terletak dipanel belakang, mudah dicapai jari telunjuk dan imbasan yang dibuat boleh dikatakan pantas. Untuk imbasan wajah pula, agak kecewa sedikit sebenarnya kerana ia terasa lambat dan kami sarankan gunakan saja imbasan cap jari.
Kamera baik tetapi masih ada ruang yang perlu diperbaiki
Memperkuatkan penawaran Huawei Nova 4e, ia dilengkapkan dengan kamera hadapan 32MP. Tri-kamera belakang pula hadir dengan kombinasi lensa 24MP (sudut lebar, f/1.8)+8MP (sudut ultra-lebar)+2MP (kesan bokeh).
Kedua-dua bahagian kamera ini disokong dengan ciri AI yang mampu mengenal pasti persekitaran seperti pemandangan langit, tumbuhan, makanan haiwan dan lain-lain. Ia secara automatik mengubah warna, pencahayaan dan kontras untuk bersesuaian dengan apa yang sedang dirakam.
Hasil rakaman kamera baik dan sudah baik dan tidak perlu bersusah payah untuk disunting bagi perkongsian ke media sosial. Namun begitu, pada pencahayaan rendah, hasil gambarnya agak kurang memuaskan. Untuk meningkatkan lagi mutu rakaman lebih-lebih pada waktu malam, boleh gunakan ciri Night Mode. Gambar diterangkan tetapi kehilangan sedikit perincian.
Kiri mod biasa, kanan mod Night
Disebelah hadapan diletakkan dengan lensa 32MP dimana imej yang diberikan seimbang dari segi ketajaman dan warna. Fungsi AI juga dilihat menjadikan wajah lebih flawless dan bagi yang sudah yakin dengan penampilan diri, matikan saja ciri tersebut.
Rakaman sudut lebar
Screen-on-time mencecah 5-6 jam
Bagi menjana Huawei Nova 4e, ia dipasang dengan bateri berkapasiti 3340mAh, lebih kecil berbanding dari Huawei Nova 4 yang mempunyai bateri 3750mAh.
Screen-on-time yang diperoleh adalah sekitar 5-6 jam dan untuk mengecasnya pula, dari 0% hingga 100% mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit. Bermain PUBG dengan bateri penuh dalam tempoh lebih kurang satu jam, peratusan kuasa bateri menurun menghampiri 80%. Bagi aktiviti penggunaan harian biasa tidak mendatangkan masalah.
Keseluruhan
Jika dituruti semula penawaran spesifikasi yang diberikan pada Huawei Nova 4e, ia kelihatan lebih baik sedikit berbanding Huawei Y9 walaupun jarak harganya agak jauh. Tetapi kalau anda bercadang untuk mendapatkan Honor 8X, kami berpandangan, teruskan saja niat anda itu.
Peranti ini dijual pada harga RM 1199 dan menyingkap kembali penawaran yang tersedia dalam pasaran telefon pintar pertengahan sekarang, terdapat beberapa peranti lain yang lebih berbaloi untuk dimiliki dalam lingkungan harga tersebut.
Untuk ulasan video boleh tonton dibawah.
Anda Mesti Suka
Huawei P30 Dan P30 Pro Diturunkan Harga – Bermula Pada RM1,999
Pra Tempah Siri Huawei Mate 30 Dengan Digi Dan Nikmati Hadiah Bernilai RM656
Bagaimana Ekosistem Produk Huawei Bantu Mudahkan Tugasan Seharian Anda
Siri Huawei Mate 30 Mula Ditawarkan Kepada Semua 15 November Ini
U Mobile Dan Huawei Malaysia Bekerjasama Meneroka Rangkaian 5G
Huawei Watch GT 2 Sudah Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799
Terbaru
Laporan Mendapati 61% Iklan Hasad Ditujukan Untuk Windows
Windows merupakan antara sistem operasi popular yang digunakan di seluruh dunia. Ini membuatkan Windows menjadi sasaran mudah untuk kempen iklan...
Pengguna Celcom Dan TuneTalk Bakal Hadapi Gangguan Perkhidmatan
Sekiranya anda pengguna Celcom dan Tune Talk, kedua-dua telco ini bakal mengalami gangguan perkhidmatan. Hal ini adalah berikutan daripada kerja-kerja...
Sokongan Microsoft Untuk Windows 10 Mobile Akhirnya Tamat 10 Disember Ini
Sebelum ini Microsoft telah mengumumkan yang mereka akan berhenti dari memberikan sokongan perisian untuk Windows 10 Mobile. Tarikh tersebut (10...
Ikut Facebook Kami
Popular
- Berita4 hari lepas
Huawei P30 Dan P30 Pro Diturunkan Harga – Bermula Pada RM1,999
- Berita4 hari lepas
Ming-Chi Kuo: iPhone Tahun 2021 Tidak Akan Mempunyai Lubang Pengecasan Lightning
- Berita3 hari lepas
Youtube Rewind 2019, Di Sebalik Pujian Dan Kritikan
- Tips Gajet3 hari lepas
Cara Buka Whatsapp Lebih Daripada Satu Akaun Pada Chrome
- Berita3 hari lepas
Dapatkan Realme X2 Pro Pada Jualan Pertamanya Bermula Jam 12 Malam Ini
- Video4 hari lepas
Realme X2 Pro VS OnePlus 7T, Mana Satu Pilihan Flagship Bajet Terbaik #LJJKF
- Berita4 hari lepas
Liputan Ekslusif Acara E-Sukan Pada Sukan SEA 2019 Di eGG Network
- Berita3 hari lepas
Saksikan Lagu Yang Distrim Sepanjang Tahun Pada Senarai Spotify Wrapped 2019