Dari spesifikasi, secara ringkasnya HONOR 9X tampil dengan skrin paparan LCD 6.59 inci yang menyokong resolusi FullHD+.
Di dalamnya pula disediakan dengan cip pemproses Kirin 710f bersama kombinasi memori RAM 6GB serta storan 128GB. Sokongan kad MikroSD turut disediakan sehingga 512GB.
HONOR menyertakan tetapan tiga kamera pada belakang peranti dengan lensa 48MP, 8MP ultra lebar, 2MP kedalaman imej. Bagi fungsi rakaman hadapan, ia menggunakan mekanisme terangkat dengan lensa 16MP.
Bakal menjalankan sistem antaramuka EMUI 9.1 berasaskan Android Pie 9, kuasa HONOR 9X dicapai melalui penggunaan bateri 4000mAh dengan pengecas 10W sahaja diberikan didalam kotak. Untuk makluman juga, HONOR 9X akan tersedia dengan perkhidmatan mudah alih Google yang membawa maksud aplikasi-aplikasi seperti PlayStore, Gmail dan lain-lain boleh digunakan.
Untuk pasaran dalam negara, HONOR 9X diletakkan pada nilai jualan RM999 dan ia akan mula ditawarkan secara pra-tempahan pada esok, 22 November 2019 sehingga 27 November 2019.
Selain itu, terdapat dua penawaran iaitu Premium Bundle yang menyertakan HONOR Band 5 atau anda boleh memilih HONOR 9X dan tambahan RM0.99 untuk fon telinga.
https://www.youtube.com/watch?v=gybjEKlAdaU
Jualan rasmi pula akan berlangsung pada 28 November di platform dalam talian HiHONOR, Lazada dan Shopee atau boleh dapatkan dari pengedar sah HONOR seluruh Malaysia.
Berkaitan
- Siri Reno 4 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699
- OPPO A17K, Telefon Bawah RM500 Terbaru Di Malaysia
- Huawei Nova 3 Dah Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899
- Zenfone 4 Selfie, Zenfone 4 Selfie Pro Serta Zenfone 4 Max Pro Mula Dipasarkan Di Malaysia Bermula 25 Ogos Depan
- OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199
- Laporan Bank Dunia Menyatakan Jalur Lebar Malaysia Mahal Disebabkan Kurangnya Persaingan
- HONOR Play Tidak Akan Dinaik Taraf Kepada EMUI 10.0
- Hanya Ada 6,000 Unit Sahaja, Malaysia terpilih Untuk Pasarkan realme 10 Pro Coca-Cola
- Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3999
- Trina Solar lancar sistem solar Trinahome di Malaysia