
Huawei Nova 4 dilengkapi dengan skrin paparan 6.4 inci Punch FullView dan merupakan yang pertama seumpamanya dijual di Malaysia.
"Lubang" dibahagian penjuru atas kiri itu menempatkan kamera swafoto 25MP (f/2.0). Saiz lensanya juga adalah yang terkecil berbanding lensa lain iaitu 3.05mm, 20% lebih kecil dari lensa standard.
Model ini merupakan siri Nova pertama yang diperlengkapkan dengan tiga kamera belakang, gabungan lensa 20MP (f/1.8)+16MP (f/2.2)+2MP(f/2.4). Variasi 48MP+16MP+2mp tidak ditawarkan di Malaysia.
Kamera utama dijanjikan dengan keupayaan rakaman baik pada waktu kurang cahaya. Lensa 16 MP memberikan rakaman sudut lebar pada 117 darjah sudut pandangan.
Menguasakan bahagian dalaman peranti adalah cip pemprosesan Kirin 970 (4 x Cortex- A73 2.36GHz, 4 x Cortex-A53 1.8GHz) serta sistem memori RAM 8GB dan simpanan 128GB.
Menjalankan EMUI 9.0 berasaskan Android Pie 9 diiringi ciri GPU Turbo, ia akan dijana dengan bateri 3750mAh yang dicas melalui port USB-C dengan kuasa 18W.
Menarik tentang peranti ini, pengguna boleh menetapkan video sebagai nada dering.

Huawei Malaysia menawarkan dua warna iaitu Crush Blue dan Black yang dijual pada harga RM 1899. Penjualan bermula pada 14 Februari depan.
Huawei Nova 4 boleh dibeli dari Huawei Experience Store, pengedar sah seluruh negara.
Berkaitan
- #MWC2019 - Huawei Mate X, Peranti Boleh Lipat Dengan Teknologi 5G Dan Pengecasan Sehingga 55W
- Malaysia Akan Cuba Gunakan Teknologi Huawei Sebanyak Yang Mungkin - Tun Mahathir
- Huawei Bakal Guna Sistem Operasi HarmonyOS 2.0 Untuk Komputer Di Pasaran China
- Lima Pasukan Dari Malaysia Akan Beraksi Di PUBG Mobile Club Open SEA 2019
- Huawei Terima Lesen Lanjutan Sehingga Februari 2020
- Redmi 10 Rasmi Di Malaysia, Harga RM649, Pembesar Stereo Dan 90Hz
- Senarai 21 Telefon Pintar Yang Mungkin Menggunakan Snapdragon 845
- Dilaporkan Ada Pihak Cuba Menjual Maklumat Peribadi Milik Jutaan Rakyat Malaysia
- DirectD Tawar Bayaran Balik Bagi Peranti Huawei Yang Tidak Dapat Jalankan Aplikasi Google
- HONOR 20 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM1699