Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telekom Malaysia Akan Tawar Unifi 30Mbps Pada Harga Dibawah RM100

Telekom Malaysia Akan Tawar Unifi 30Mbps Pada Harga Dibawah RM100

Diterbitkan Julai 3, 2018 · Dikemas kini Julai 6, 2018 oleh Helmi Samsuri

Satu pelan jalur lebar Unifi berkelajuan 30Mbps pada harga dibawah paras RM100 telah diumumkan oleh TM hari ini. Diletakkan sebagai pelan permulaan, ia memberikan penjimatan sebanyak 40% berbanding harga langganan sedia ada iaitu RM179.

Pelan baru ini bakal menyasarkan pengguna daripada golongan isi rumah yang berpendapatan rendah, B40 dan pendaftaran untuk pra tempah boleh dibuat bermula 15 Julai hadapan.

Turut sama diumumkan adalah Unifi Turbo, dimana kelajuan jalur lebar pengguna sedia ada bakal digandakan bermula pada 15 Ogos tanpa sebarang kos tambahan. Bagi pengguna yang mendaftar pelan Unifi sedia ada sebelum 31 Disember 2018 akan dinaik taraf kelajuannya secara berperingkat bermula 2019.

Tidak dilupakan, pengguna pra-Unifi (sebelum ini dikenali sebagai Streamyx), yang mana TM akan memberikan naik taraf khas kepada pelanggan pelan berkenaan dan status mengenainya boleh mula disemak melalui unifi.com.my pada 15 Julai hadapan.

Untuk makluman, pelan pascabayar Unifi Mobile tanpa had akan dilancarkan semula juga pada tarikh yang sama, 15 Julai 2018.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY