Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199

OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199

Diterbitkan Mei 4, 2020 ยท Dikemas kini Mei 4, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sudah di acah kedatangannya beberapa kali, akhirnya OPPO A92 kini rasmi untuk pasaran Malaysia. Diumumkan melalui acara pelancaran dalam talian, OPPO A92 diperkenalkan bersama-sama fon telinga terbaru OPPO Enco W31.

Turut dikenali sebagai OPPO A52 di pasaran China, peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 665. Hanya satu konfigurasi memori yang ditawarkan iaitu RAM 8GB dengan storan 128GB (UFS2.1).

OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199

Bagi fungsi rakaman, OPPO A92 membariskan 4 kamera pada bahagian belakang dengan 48MP sebagai lensa utama, 8MP ultra lebar, 2MP mono dan 2MP potret. Lensa 16MP pula digunakan untuk merakam bahagian hadapan dan ia ditempatkan pada rekaan berlubang paparan.

OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199

Paparan hadapan peranti ini adalah dari jenis LCD IPS dipanggil sebagai Neo-Display dengan ukuran 6.5 inci. Ia menyokong resolusi FullHD+ dengan ketumpatan piksel sehingga 405ppi.

OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199

Telefon pintar terbaharu daripada OPPO Malaysia ini dilengkapi dengan bateri 5000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W. Bagi sistem imbasan cap jari, ia menyediakan sensor pengimbas di bahagian sisi iaitu pada butang kuasa.

OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199

Menjalankan sistem operasi ColorOS 7 berasaskan Android 10, OPPO A92 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Aurora Purple, Twilight Black serta Shining White.

OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199Harga yang ditetapkan untuk pasaran tempatan adalah RM1199 dan ia bakal dijual bermula 9 Mei 2020.

Screenshot 2020-05-04 at 11.41.21 AM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY