[Ulasan] Huawei Mediapad M6 - Tablet Terbaik Setakat Ini, Tetapi..

Fenomena penggunaan tablet pada masa ini masih lagi relevan. Jadi Huawei telah memperkenalkan sebuah tablet terbaru mereka Mediapad M6. Ia merupakan barisan model terbaru mereka dan merupakan satu naik taraf baharu kepada siri Mediapad mereka M5 yang sebelum ini.



Spesifikasi yang ditawarkan juga bukan calang-calang kerana ia menawarkan spesifikasi flagship pada sebuah tablet. Spesifikasi yang tinggi pada tablet ini mampu memenuhi citarasa setiap pengguna yang mencari sebuah tablet yang memudahkan dan melancarkan kerja seharian mereka.

Spesifikasi Huawei Mediapad M6:

  • Skrin berukuran 10.8 inci IPS LCD beresolusi 2K

  • Cip pemprosesan Hisilicon Kirin 980 dan 4GB RAM

  • Storan 128GB (Menyokong tambahan kad microSD sehingga 512GB)

  • Kamera utama 13MP mampu merakam 4K 30fps

  • Kamera hadapan 8MP

  • 4 pembesar suara stereo oleh Harman Kardon

  • EMUI 9.1.1 (Android 9 Pie) menyokong kemaskini EMUI 10 (Android 10)

  • Port pengecasan USB-C dan sokongan Video Output

  • Akesori tambahan disediakan seperti Smart Magnetic Keyboard dan Stylus M Pen

  • Menyokong mod seakan sebuah PC


 Rekaan


Dari segi rekaan, tablet ini direka dengan rekaan unibody aluminium yang kelihatan jitu dan menarik. Rekaan ini kelihatan sangat solid dan dibuat dengan terperinci. Dibahagian belakang terdapat satu kamera utama 13MP dan LED flash, logo Huawei dan juga Harman Kardon.



Dibahagian atas tablet, terdapat 4 mikrofon untuk penerimaan suara dengan lebih berkualiti dan lebih jelas ketika sedang melakukan video konferensi ataupun menghasilkan rakaman.

Apa yang menariknya dengan Mediapad M6 ini, ianya didatangkan dengan 4 buah pembesar suara, 2 diatas dan 2 lagi dibawah. Seiring dengan penyasarannya sebagai sebuah gajet multimedia, penawaran 4 pembesar suara tersebut sudah semestinya merupakan tindakan bijak dari Huawei. Logo Harman Kardon bukan setakat teks di atas permukaan, hasil audio dari pembesar suara memang kedengaran sangat lantang dan mantap, audio yang kuat dan sangat jelas tanpa menjejaskan kualiti audio.

Untuk bahagian kanan terdapat butang aras suara dan butang kuasa. Turut terdapat adalah bicu 3.5mm audio. Untuk pengecasan, terdapat lubang USB-C yang juga turut menyokong pengecasan pantas 18W. Selain itu, terdapat juga slot SIM dan microSD terbina juga disini yang menyokong sehingga 512GB.

Rekaan hadapan dan paparan


Terdapat kamera hadapan 8MP dibahagian atas dan serta logo Huawei dibahagian bawah.

Dari segi paparan skrinnya berukuran 10.8 inci IPS LCD dengan beresolusi 2K. Walaupun cuma menggunakan LCD, warna yang cukup kontras dan terang, hitam yang cukup pekat lagi likat seakan kualiti yang terdapat pada skrin OLED. Apatah lagi ketajaman  skrin 2K yang sangat terperinci dan jelas.



Skrin pada tab ini memang dikatakan sesuai untuk pelbagai paparan kandungan multimedia seperti melayan YouTube, Netflix, ataupun movie yang anda telah dimuat turun. Bersama-sama dengan Lagi-lagi dengan penawaran skrin 10.8 inci tersebut, ia diibaratkan sweetspot sebuah tablet untuk pengalaman menonton yang memuaskan.

Seterusnya ada pengimbasan cap jari dibahagian tepi kanan skrin, prestasinya juga tidak mengecewakan dengan cip yang digunakan. Cukup tepat dan sangat pantas begitu juga dengan fungsi face unlock daripada kamera hadapan 8MP ini.

Sistem Operasi


Bahagian perisian dioperasikan oleh EMUI 9.1.1 berasakan Android 9 Pie dan bakal mendapat sokongan ke EMUI 10 berasaskan Android 10 tidak lama lagi.



Pengalaman menggunakan EMUI ini sama seperti EMUI pada telefon pintar Huawei yang lain, cuma untuk MediaPad M6 ini. terdapta beberapa tambahan fungsi dan ciri khas bersesuaian dengan penggunaannya sebagai sebuah tab media.

Kids Corner: Fungsi ini sesuai untuk mereka yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak kecil. Fungsi ini merupakan satu ciri tambahan yang menjadikan tab ini sebuah tab khas untuk permainan dan pembelajaran kanak - kanak. Kanak - kanak tidak boleh keluar daripada mode ini melainkan dengan hanya menggunakan akses cap jari ibu bapa mereka sendiri.



Seterusnya, ciri ini dapat membantu anda memantau well-being anak - anak anda, seperti Blue Light Filter dimana tab ini akan menghasilkan filter pencahayaan yang tidak akan menjejaskan mata anak anda. Seterusnya, Distance Alert dimana tablet akan memberikan alert jika anak anda menggunakan tab ini pada jarak yang terlalu dekat dengan muka mereka. Seterusnya ada Posture Alert dimana tab ini akan memberikan alert supaya anak anda menggunakan tablet dengan duduk dan tidak baring. Banyak lagi ciri dan fungsi sesuai untuk anak-anak anda, dan ianya sangat mesra pengguna untuk kegunaan ibu bapa yang mempunyai anak.

PC Mode: Sesuai digunakan bersama-sama Smart Magnetic Keyboard dan Stylus M Pen, anda juga boleh menggunakan tablet ini sebagai sebuah PC on-the-go. Ciri ini sangat menarik, dan mampu meningkatkan lagi produktiviti sebagai sebuah tab media yang membantu mereka melakukan kerja dimana sahaja.



PC Mode ini juga akan mengubah antaramuka tablet ini daripada satu peranti Huawei yang besar kepada satu antaramuka PC yang memberikan anda pengalaman seakan menggunakan Microsoft Windows. Dengan itu, anda juga boleh menyambung sendiri aksesori tetikus pada tablet ini dengan menggunakan penyesuai USB-C to USB 2.0.



Menariknya dengan ciri ini akan memudahkan anda untuk melakukan kerja multitasking seperti PC biasa. Anda boleh buat kerja anda dengan membuka aplikasi Facebook, Instagram dan lain lain pada satu masa. Secara keseluruhan, ia merupakan satu ciri utama yang menarik yang memudahkan lagi kerja anda dengan menggunakan pada tab Huawei Mediapad M6 ini.

Akan tetapi, dengan semua ciri dan fungsi yang menarik ditawarkan oleh Huawei, namun sepertimana kebanyakan peranti Huawei yang lain, tablet ini tidak menyediakan servis Google. Kami walau bagaimanapun berjaya memasang servis Google dengan cara sideload. Cara yang dilakukan agak leceh dan sedikit menyusahkan. Jadi, untuk pembeli yang kurang mahir memasan servis Google,Namun, dengan menggunakan kuasa Google jugak kami berjaya sideload Google Services pada tab ini dan proses untuk melakukannya agak leceh dan menyusahkan. Agak mengecewakan kerana hal ini mungkin akan memberikan kesan kepada warga yang tidak reti untuk memasang sendiri Google Services dan juga ingin menggunakannya untuk akses maklumat-maklumat penting kerja mereka mahupun untuk memuatnaik sebuah aplikasi daripada Google Play Store.

Keseluruhannya pengalaman menggunakan tablet ini memang cukup memuaskan, fungsi yang disediakan bukanlah sekadar gimik malah sangat berguna sesuai mengikut kehendak pengguna samaada sebagai penggunaan media mahupun untuk melakukan kerja-kerja pejabat on-the-go. Namun dengan ketiadaan Google, kemudahan untuk menggunakan servisnya menjadi terjejas dan menyusahkan pengguna.

Prestasi


Huawei Mediapad M6 ini didatangkan dengan cip pemprosesan Hisilicon Kirin 980 dan 4GB RAM. Kirin 980 ini merupakan cip pemprosesan flagship dari Huawei. Jadi memang tidak dapat disangkal lagi prestasi pada M6 ni walaupun hanya dibekalkan dengan 4GB RAM. Prestasi tablet ini cukup baik dan lancar menjalankan setiap aplikasi dan kerja-kerja anda tanpa sebarang gangguan.

Untuk keputusan benchmark, aplikasi Antutu Benchmark dilihat crash setelah beberapa dicuba, akan tetapi Geekbench 5 berjaya menghasilkan benchmark seperti berikut:

Untuk prestasi permainan mudah alih, Kirin 980 sangat cemerlang menjalankan permainan mudah alih yang memainkan grafik tinggi seperti PUBGM dan CODM. Untuk permainan ketika bermain PUBGM, tablet ini mampu menjalankan tetapan grafik paling tinggi iaitu HDR dan framerate Very High. Akan tetapi untuk pengalaman permainan yang lebih lancar disarankan untuk bermain dalam tetapan grafik Smooth dan akan mendapatkan framerate Extreme iaitu 60FPS. Untuk CODM pula, sama seperti PUBGM permainan cukup lancar tiada sebarang masalah. Ia menyokong framerate 60fps Max pada tetapan grafik high dan boleh pergi sejauh tetapan grafik Very High namun framerate diturunkan ke tetapan High sahaja.

Keseluruhannya pengalaman bermain permainan mudah alih pada tablet ini cukup cemerlang dan memuaskan terima kasih pada cip Kirin 980 yang ditawarkan oleh Huawei akan tetapi siapa sahaja bermain permainan e-sukan pada saiz tablet sebesar 10.8 inci sekaligus kelihatan agak janggal.

Kamera


Untuk sebuah peranti tablet, prestasi kamera dan hasil gambar tidak boleh disangkal ianya cukup bagus tetapi berlainan pula pada Mediapad M6 ini, didatangkan dengan satu kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP boleh dikatakan hasil gambar pada tablet ini tidak seperti hasil gambar tipikal tablet lain. Ianya cukup untuk menghasilkan gambar yang baik, perincian yang cukup akan tetapi warna yang terhasil kelihatan agak pudar sedikit. Namun julat dinamik kamera ini kelihatan agak lemah dan kurang baik. Tetapi sebagai sebuah  sebuah tablet ianya cukup baik.



Untuk video pula, ia boleh merakam pada resolusi 4K 30FPS akan tetapi hasil rakaman terlalu banyak gegaran. Hasil video 4K pada tablet memang tidak boleh diharapkan jadi ada baiknya merakam pada 1080p 30FPS kerana terdapat bantuan stabilization.

Akan tetapi dengan menggunakan tablet sebagai medium mengambil dan merakam gambar dan video agak kelihatan janggal juga dan tidak semudah telefon pintar untuk menekan butang shutter disebabkan saiz dan beratnya.

Prestasi bateri


Sebagai sebuah tablet yang dijanakan dengan pemprosen yang berkuasa dan juga melakukan aktiviti berat seperti multi-kerha dan juga melayan media dan movie, Huawei meletakkan kapasiti bateri sebesar 7500mAh. Dengan kapasiti sebesar itu, pengalaman menggunakan tablet ini amat memuaskan dengan ketahanan bateri yang cukup lama.

Screen on time yang boleh dicapai adalah daripada 6 jam ke 10 jam dengan penggunaan seperti menonton pelbagai media hiburan dan juga bersosial media. Untuk ketahanan standby time memang boleh dikatakan cukup cemerlang iaitu bateri ini boleh bertahan sehingga 7 hari tanpa penggunaan yang minimal kerana Huawei menyediakan fungsi mengoptimasikan penggunaan batteri dengan cara anda menggunakan tablet ini.

Akhir kata berkenaan Mediapad M6


Baiklah, dengan kehadiran tablet menjelang 2020 ini ianya merupakan satu fenomena yang unik. Boleh dikatakan kategori tablet semakin pupus di muka bumi ini. Akan tetapi Huawei menghasilkan satu tablet yang mampu mengubah mentaliti netizen pada sebuah tablet.

https://www.youtube.com/watch?v=dTuuz61-dl8&t=387s

Tablet ini boleh dikatakan terbaik setakat ini dengan spesifikasi yang ditawarkan dengan fungsi dan ciri yang amat berkait rapat dengan penggunaan manusia sebagai satu peranti bermultimedia dan melakukan kerja sekaligus sebagai sebuah tablet pembelajaran dan permainan anak mereka. Pada tanda harga RM1899 dan juga disertakan dengan Smart Magnetic Keyboard dan Stylus M Pen yang amat berguna untuk aktiviti harian dan pekerjaan netizen, Huawei Mediapad M6 ini memang yang terbaik dalam kelasnya setakat ini.

Harga rasmi: 1899 (128GB+4GB, Smart Magnetic Keyboard dan Stylus M Pen)

Berkaitan