Menurut portal berita Independent, Jabatan Pengangkutan UK berkira-kira mahu membangunkan sebuah teknologi yang mampu menghentikan penggunaan telefon mudah alih didalam kereta. Teknologi itu akan menyekat isyarat telefon secara automatik dan pemandu tidak berupaya untuk menghantar mesej, mahupun membuat panggilan ketika sedang memandu.
Perisian yang bakal dibangunkan itu akan mematikan semua akses telefon ke internet termasuk juga sambungan kepada rangkaian telefon. Perkara ini akan dibincangkan pada awal 2017 yang akan melibatkan menteri, pengeluar kenderaan dan juga syarikat mudah alih. Langkah ini dibuat selepas hampir satu daripada tiga pengguna jalan raya mengakui mereka memandu sambil menggunakan telefon. Dan lebih 17,500 pemandu telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tersebut.
" Menggunakan telefon mudah alih ketika memandu tidak boleh diterima sama seperti tidak memakai tali pinggang keledar ataupun mabuk ketika memandu." ujar Pesuruhjaya Baroness Newlove.
Orang ramai turut menggesa pengeluar telefon pintar mencipta mod drive safe yang mempunyai fungsi sama seperti flight mode, dimana panggilan suara, teks pesanan ringkas dan juga emel dihalang dan dapat menghindar pemandu dari leka bermain telefon.
Video dimana pemandu lori leka bermain telefon dan akhirnya melanggar mati seorang ibu dan tiga orang anak.
Sumber: The Independent
Berkaitan
- Samsung Malaysia Akan Perkenal Siri Galaxy A Pada 5 Januari 2017
- Senarai Harga Dan Spesifikasi Komputer Riba ROG Dengan Intel Generasi Ke- 9
- Ikuti Langkah Berikut Dan Rebut Peluang Untuk Dapatkan Asus ZenFone 5 Pada Harga RM1
- Vivo V17 Pro Enam Kamera Telah Diumumkan Rasmi, Dijual Pada Harga RM1699
- Kemaskini Chrome Untuk Android Tampil Dengan Beberapa Penambahbaikan
- Dapat 100GB Percuma Jika Tambah Nilai Kredit Xpax Kali Pertama Dari Aplikasi Celcom Life
- Honor Tawar Harga Diskaun Sehingga Rm100 Untuk Pembelian Telefon Pintar Mereka
- Carian Google Dedahkan Emel Pelanggan Nurflix
- Lesen Sementara Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat AS Dilanjutkan 45 Hari Lagi
- Pra-Tempah Siri OPPO Find X2 Pro Dibuka Hari Ini