Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uijan Jatuh: iPhone 8 Plus VS iPhone 7 Plus

Uijan Jatuh: iPhone 8 Plus VS iPhone 7 Plus

Diterbitkan September 27, 2017 ยท Dikemas kini September 27, 2017 oleh Helmi Samsuri

Tidak seperti iPhone 7 Plus yang tampil dengan rekaan logam kesat pada bahagian belakang, Apple memperkenalkan iPhone 8 Plus dengan lapisan kaca.

Di acara pelancaran iPhone 8 Plus yang lalu, Apple menyatakan bahawa rekaan kaca pada peranti tersebut adalah yang paling kukuh pernah dipakai oleh telefon pintar.

EverythingApplePro merupakan satu saluran di Youtube yang sering menjalankan beberapa ujian ketahanan keatas jenama berkenaan. Minggu lalu, saluran itu telah memuat naik satu video ujian jatuh yang melibatkan dua model iaitu iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus.

Ujian jatuh pertama dibuat dari ketinggian pinggang, mungkin lebih kurang 1 meter tinggi dengan bahagian belakang menghala ke lantai. Hasilnya agak memeranjatkan kerana, skrin paparan iPhone 7 Plus retak walaupun ia dijatuhkan pada bahagian belakang. Bunyi hentakan iPhone 8 Plus kedengaran menyeramkan tetapi ia masih berada dalam keadaan normal.

Ujian jatuh kedua pula dibuat secara menegak dimana kedua-dua telefon di jatuhkan pada bahagian bawah butang Home. Bagi ujian kedua ini, mereka menggunakan set iPhone 7 Plus yang baru menggantikan set awal yang retak pada ujian pertama. Selepas dijatuhkan, kedua-duanya kelihatan baik dengan sedikit calar halus.

Ujian terus dijalankan dan akhirya pada ketinggia separas telinga, kaca bahagian belakang iPhone 8 Plus akhirnya pecah sehingga menampakkan komponen dalaman.

Untuk menonton video penuh boleh klik sini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY