UberX Kini Di Seremban

Servis Uber kini boleh dinikmati dibandaraya Seremban bermula dari bulan ini. Buat masa sekarang hanya servis UberX yang akan beroperasi. Seremban merupakan bandar ketujuh di Malaysia yang menggunakan khidmat penghantaran penumpang itu.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang berita ini kerana Uber nampaknya tidak menawarkan sebarang promosi. Sebelum ini, Uber sekurang-kurangnya akan memberikan kod diskaun untuk pembukaan perkhidmatan di bandar baru. Seperti contoh sempena bermulanya perkhidmatan Uber di bandaraya Kuching, Uber bekerjasama dengan PAWS Malaysia dan Petfinder.my memberikan servis bermain dengan anak kucing selama 15 minit. Pemandu akan menghantar anak kucing kepada pelanggan dengan bayaran RM30 dan selepas itu kutipan akan didermakan kepada PAWS.

Diharapkan Uber dapat melebarkan perkhidmatan mereka ke bandar-bandar yang lain selepas syarikat itu tidak lagi membantu operasi di China dari segi kewangan. Parlimen Malaysia juga telah menetapkan undang-undang untuk mengawal selia perkhidmatan perkongsian perjalanan ini yang mana ia dilihat sebagai peluang besar untuk Uber dan perkhidmatan yang sewaktu dengannya.