Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Uber Perkenal Fungsi Lokasi Baru

Posted on Disember 22, 2016

Aplikasi Uber kini tidak lagi bergantung kepada alamat untuk menentukan lokasi destinasi yang hendak dituju. Terbaru, aplikasi tersebut memperkenalkan fungsi yang baru dimana para penumpang boleh menetapkan lokasi rakan anda sebagai destinasi perjalanan. Ini bermaksud pengguna tidak perlu lagi pening memikirkan alamat ataupun nama tempat yang ingin dituju.

https://www.youtube.com/watch?v=BTNk3Iv4RNE

Ciri ini memerlukan akses kepada senarai kenalan di dalam telefon, dan ia akan mengaktifkan isyarat GPS untuk mencari lokasi rakan anda berada. Apabila menggunakan ciri ini, permintaan akan dihantar kepada rakan anda untuk mengongsikan lokasi semasa mereka menerusi aplikasi terbabit. Sudah pasti, rakan anda boleh menolak permintaan itu, tetapi apa yang cuba diketengahkan oleh Uber adalah ciri yang memudahkan pengguna mencari sesuatu tempat dengan menetapkan rakan mereka sebagai destinasi.

Sedikit kekurangan untuk ciri ini adalah, GPS tidak dapat mengesan lokasi yang dituju jika rakan anda bergerak. Ini bermaksud, apllikasi ini menggunakan GPS statik untuk mengenal pasti lokasi dan rakan anda perlu menunggu sehingga perkhidmatan Uber yang anda naiki sampai. Untuk mengurangkan tekanan si penunggu, aplikasi tersebut akan memaparkan anggaran masa ketibaan.

https://www.youtube.com/watch?v=WmSNvA_VJlg

Kemaskini lain pula adalah integrasi antara aplikasi Uber dengan aplikasi Snapchat. Kedua-dua aplikasi yang berhubung ini boleh dijadikan sebagai anggaran masa ketibaan (ETA) yang membolehkan anda mengambil gambar untuk tujuan pemberitahuan kepada rakan anda yang sedang menunggu.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress