Uber Memperkenalkan Servis Pemandu Peribadi UberHire Di India

Uber telah mengumumkan satu lagi servis yang digelar UberHire. Ianya merupakan sejenis servis yang membenarkan anda menyewa pemandu peribadi seharian. Ini bermakna anda tidak perlu lagi bertukar-tukar pemandu Uber jika anda melompat dari satu destinasi ke beberapa destinasi yang lain. Pemandu peribadi akan menunggu anda sehingga tamat tempoh yang dipersetujui.

Tetapi ketika ini servis UberHire hanya dilancarkan di India termasuklah bandar-bandar besar seperti New Delhi, Mumbai dan Pune. Tidak dapat dipastikan bila fungsi baru ini akan hadir di ke Malaysia.

Pada ketika ini kadar harga yang sedang dieksperimentasikan di India ialah $10 selama 2 jam iaitu dalam lingkungan 30km. Kemudian anda akan dikenakan caj untuk setiap minit dan kilometer, maksimum selama 12 jam. Servis UberHire ini hanya untuk pembayaran secara tunai.

Di India ketika ini Uber mendapat saingan yang sengit dengan syariakt tempatan Ola yang juga menawarkan servis yang sama sejak tahun lepas lagi.
Sumber: Mashable, The Verge