YB juga berharap agar akan ada lagi tambahan daripada susulan suntikan dana khas RM10 juta yang diperuntukan pada belanjawan tahun lepas.
Jadi, melalui perancangan yang telah dibincangkan, pusat-pusat latihan akan mula ditubuhkan untuk memastikan perlaksanaan program-program bagi sukan jenis ini dapat diseragamkan.
Namun, bagi memenuhi keperluan penubuhan pusat-pusat latihan tersebut, kolaborasi yang khusus perlu dilakukan kerana ia akan melibatkan prosedur daripada beberapa agensi seperti pihak berkuasa di negeri masing-masing.
Menurut YB Syed Saddiq, pihak kementerian akan menganjurkan liga sukan elektronik kebangsaan pada tahun 2020 akan datang dan di samping itu juga, melalui liga ini, sistem ranking pemain akan diwujudkan bagi dapat mengenalpasti prestasi semasa pemain.
Ini merupakan satu langkah dan kriteria bagi pemilihan atlet untuk mewakili negara ke pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor juga telah menyenaraikan sukan elektronik sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA 2020.
Akhir sekali, pihak kementerian berharap agar lebih ramai bakat-bakat baru akan dapat dicungkil dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah.
Sumber: Twitter YB Syed Saddiq
Berkaitan
- Twitter Rugi RM 12.45 Billion Selepas Padam 70 Juta Akaun Palsu
- Twitter and Periscope Memperkenalkan Fungsi Video Live 360
- Twitter Membawakan Ciri Night Mode Untuk Desktop
- Facebook, Twitter dan Youtube Dilaporkan Akan Dapat Diakses Semula Di Hainan, China Tidak Lama Lagi
- Akaun-Akaun Terkenal Twitter Hilang Ramai Pengikut Di Laman Sosial Tersebut
- "Dapat Layanan Istimewa"- Penganjur dan Syed Saddiq Balas Dakwaan Orang Ramai
- Facebook Dan Twitter Bantu Google Menepis Berita Palsu
- Twitter Arah Pengguna Untuk Tukar Kata Laluan Mereka Segera
- Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci
- KBS Rancang Liga E-sukan Untuk Lahirkan Ramai Atlet