Digi Dan MDEC Bekerjasama Buka OpenLab 5G Pertama Di Malaysia

Digi dan Malaysia Digital Economy (MDEC) bekerjasama untuk memastikan lebih banyak usahawan, dan pemaju mendapatkan akses untuk melaksanakan percubaan pada teknologi 5G di Digi's 5G OpenLab pertama Malaysia di Cyberjaya. Kedua-dua syarikat ini berpendapat bahawa 5G akan memacu kemajuan dalam teknologi baru.

Mengulas mengenai kerjasama ini, YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, "Kerajaan akan menggalakkan lebih banyak kerjasama yang bersifat sebegini untuk memberikan peluang yang tidak ternilai bagi permulaan sesebuah komuniti. Saya percaya bahawa inisiatif seperti ini akan mempercepatkan pembangunan dan penggunaan baru dan teknologi 5G yang inovatif".

Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty menegaskan bahawa usaha dalam kerjasama yang melibatkan pihak di sektor swasta dan awam ini adalah penting untuk membawa 5G lebih maju ke hadapan.

"Apabila rangkaian 5G terbentuk, industri seperti penjagaan kesihatan, pengangkutan, pertanian, dan pembuatan akan menjadi lebih ketara mampu berinovasi lebih baik daripada sebelumnya. Usaha sama dengan MDEC ini membolehkan kami menyokong penyelidikan yang lebih besar, dan meletakkan rangkaian 5G di tangan mereka yang bakal memudahkan serta mempercepatkan penggunaan 5G di Malaysia", tambah Albern.



Digi's 5G OpenLab

Berada di RekaScape, sebuah ruang komuniti yang ditubuhkan oleh Cyberview. Makmal ini berfungsi sebagai ruang kolaboratif untuk perniagaan, ahli akademik dan pemaju untuk menguji segala kes penggunaan 5G mereka. Permohonan untuk turut mengambil bahagian boleh dikemukakan ke digi.my/5GOpenLab.