Kiriman tersebut merupakan satu rekaan Computer-Aided-Design(CAD) dan ramai berpendapat imej tersebut merupakan imej yang paling hampir dengan rekaan rasmi yang masih belum dikeluarkan oleh pihak OnePlus.
Kredit: CompareRaja
Berdasarkan imej di atas, kita dapat lihat bahawa peranti ini menggunakan rekaan takuk pada bahagian hadapan seperti yang telah diperkatakan sebelum ini selain pengesan cap jari di bahagian bawah kamera utama di bahagian belakang.
Manakala pada bahagian bawahnya pula, kelihatan pembesar suara serta dua pot masing-masing satu untuk bicu audio dan sambungan USB Type-C. Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, peranti ini akan menggunakan paparan skrin SAMOLED serta bateri berkapasiti 33oo mAh.
Selain itu, ia juga akan hadir dengan kamera utama 20MP+16MP dan kamera hadapan 16MP serta akan hadir sebagai peranti yang beroperasi menggunakan sistem Android 8.1. OnePlus 6 akan menggunapakai cip pemprosesa Snapdragon 845 yang disokong oleh memori 6GB atau 8GB RAM dan simpanan dalaman 64GB atau 128 GB ROM.
Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi di London pada 16 Mei ini namun tarikh pelancaran bagi pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Mi 6 dan Redmi Note 4 Secara Rasmi Dijual Di Thailand
- OnePlus 7 Pro Selepas Beberapa Bulan, Berbaloi Ke?
- OnePlus 6T Dilapor Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Lebih Besar
- Peranti OnePlus Berikutnya Mungkin Bukan OnePlus 7, Dijual Pada Harga Yang Lebih Tinggi
- [VIDEO] Motorola Memperkenalkan Moto Z2 Force Dan Kamera 360 Moto Mod
- Gambar Tertiris HTC 11 Bersama Snapdragon 835 dan RAM Sebesar 6GB
- Realme X2 Pro VS OnePlus 7T, Mana Satu Pilihan Flagship Bajet Terbaik #LJJKF
- Counterpoint - Majoriti Pengguna Baharu Pixel 3 & OnePlus 6T Datang Dari Samsung
- Instagram Kini Telah Mencecah 600 Juta Pengguna
- Facebook Mungkin Didenda RM 6.75 Bilion Akibat Pelanggaran Privasi Terbaru