Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Rugi RM 543 Billion Akibat Kesilapan ‘Typo’ Pekerja Mereka

Samsung Rugi RM 543 Billion Akibat Kesilapan ‘Typo’ Pekerja Mereka

Diterbitkan April 13, 2018 oleh Haikel Areff

Samsung hari ini telah mengalami kerugian sekitar RM 543 billion (~$140 billion) akibat daripada kesalahan mudah salah seorang pekerja mereka. Pekerja tersebut dikatakan telah tersalah taip atau typo dengan telah mengagihkan 2.8 billion unit saham kepada semua staf Samsung. Kejadian ini dilalukan secara tidak sengaja apabila pesalah telah memasukkan perkataan yang salah semasa mengendalikan operasi menggunakan komputer.

Samsung Rugi RM 543 Billion Akibat Kesilapan ‘Typo’ Pekerja Mereka

Pada Jumaat yang lalu, seorang staf Samsung Securities telah mengagihkan saham milik Samsung sebanyak tiga puluh kali ganda lebih banyak dari jumlah unit saham tertunggak kepada lebih 2000 pekerja mereka yang berada di bawah pelan pemilikan saham Samsung. Hal ini berlaku apabila pesalah telah tersilap dengan memasukkan perkataan ‘saham’, sementara perkataan yang sepatutnya ialah ‘won’ iaitu nilai matawang Korea.

Mengikut laporan Wall Street Journal, Samsung sepatutnya membayar 1000 Won sesaham untuk keseluruhan saham berjumlah 2.8 billion Won kepada pekerja mereka. dan kesilapan yang berlaku itu telah menyebabkan Samsung membayar pekerja mereka dengan 2.8 billion unit saham yang bernilai keseluruhan 111.8 trillion Won bersamaan dengan ~ RM543 billion.

Samsung Rugi RM 543 Billion Akibat Kesilapan ‘Typo’ Pekerja Mereka

Pihak Samsung hanya sedar berkenaan kesilapan itu selepas 37 minit, dan pada waktu itu terdapat 16 orang daripada penerima saham itu telah pun menjual saham yang diterima akibat kesilapan tersebut. Ia menyebabkan saham Samsung Securities menjunam sebanyak 10% dan menyebabkan Samsung kehilangan US$ 330 juta daripada nilai pasaran mereka.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak Samsung dan tindakan yang akan diambil kepada pesalah serta 16 pekerja yang telah menjual saham tersebut akan diputuskan kelak.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY