Hari ini, bukan sahaja pembangun permainan yang mendapat pendapatan lumayan, malah pemain juga berpeluang menerima habuan ribuan malah jutaan ringgit hanya dengan bermain permainan video. Ia juga telah dikategorikan sebagai acara sukan oleh Kesatuan Olimpik Antarabangsa(OIC) tahun lalu.
Kredit : Steemit
Sehubungan dengan itu, presiden OIC, Thomas Bach tidak menolak kemungkinan bahawa permainan video turut akan disertakan sebagai salah satu dari acara dalam sukan Olimpik pada masa akan datang. Beliau menyatakan sedemikian ketika ditemuramah oleh wartawan LA Times pada Jumaat.
Bagaimanapun, Bach menegaskan ianya tidak akan berlaku pada temasya Olimpik Tokyo pada 2020 mahupun Paris 2024. Perkara ini akan dibincangkan bersama ahli OIC bagi menentukan sama ada e-ports akan disertakan pada temasya Olimpik Los Angeles 2028 atau tidak.
Kredit : Casino.org
E-sports telah berada di tahap tertinggi yang pernah dicapai setakat ini selepas Kesatuan Olimpik Asia(OCA) mengumumkan perancangan mereka untuk membawa acara berkenaan ke Sukan Asia Guangzhao 2022 kelak. Namun, ia masih lagi berada di peringkat perancangan awal.
Sekiranya perkara ini dilaksanakan, tidak mustahil industri permainan video selepas ini akan menjadi salah satu industri terbesar di dunia. Kami harap kerajaan Malaysia mengambil ini sebagai peluang untuk membangunkan industri permainan video di negara ini pada masa hadapan.
Sumber
Berkaitan
- Vivo S1 Pro Bakal Tampil Dengan 32MP Kamera Selfie Dan 48MP Kamera Utama
- Apple Mungkin Hasilkan Lebih Sedikit iPhone Pada Tahun Hadapan
- Beli Gajet Online - Elak Perkara Ini Sebelum Tepuk Dahi
- Siri TV Komedi US Terbaik Sepanjang Zaman: Bahagian 1
- Vivo Umum Nama-Nama Pemenang Vision Photography Contest, Bakal Bawa Pulang Wang Tunai RM6000
- HTC Dijangka Akan Mengumumukan Siri Baru HTC A9 Minggu Ini.
- Berhati-Hati Ketika Menonton Video di Facebook Selepas Ini
- Dark, Siri TV Netflix Yang Menguji Minda Penonton
- Kini Anda Boleh Beli Juadah Di Bazar Kampong Baru Tanpa Wang Tunai Menggunakan Touch 'n Go eWallet
- Dua Peranti Xiaomi Dengan Snapdragon 855 Tersenarai Di Geekbench