Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter ‘Trending’ Di Platform Sendiri Dengan Tanda Pagar #RIPTwitter

Twitter ‘Trending’ Di Platform Sendiri Dengan Tanda Pagar #RIPTwitter

Diterbitkan November 18, 2022 · Dikemas kini November 18, 2022 oleh Amalina Athman

Pagi tadi, Twitter dilapor telah menutup semua bangunan pejabat buat sementara waktu dan menggantung akses ke pejabat itu, berkuat kuasa serta merta.

Berkaitan

  • Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Dihentikan Sementara
  • Elon Musk Bakal Kembalikan Semula Twitter Blue Pada 29 November
  • Berkuat Kuasa Serta Merta, Semua Bangunan Pejabat Twitter Ditutup Sementara Waktu

Terkini, perkara itu nampaknya menjadi semakin kucar-kacir apabila Twitter mula trending di platformnya sendiri dengan tanda pagar #RIPTwitter yang mempunyai lebih 600,000 ciapan. Sehingga artikel ini ditulis, tanda pagar lain seperti #GoodbyeTwitter dan #TwitterDown juga trending dengan masing-masing mempunyai lebih 57,000 dan 75,000 ciapan.

It’s been a pleasure tweeting with y’all for the past 13 years. #RIPTwitter pic.twitter.com/XsLuMNi59A

— toby is the scranton strangler (@OhHELLNawl) November 18, 2022

Goodbye twitter, been a good run. #RIPTwitter pic.twitter.com/fkkUZWz2oQ

— Bish 🗽 (@thebishundercov) November 18, 2022

Me telling my grandkids about an app called Twitter in 2057 #GoodByeTwitter #TwitterDown pic.twitter.com/QldvygJBJH

— 🐨💜Jennie ⁷ (@NamjoonsBae7) November 18, 2022

Well, if this is it, see you guys over here. #RIPTwitter pic.twitter.com/vP6YY9GVmg

— Tyler Roney (@TylerJRoney) November 18, 2022

Tidak terhenti di situ, Elon Musk turut membalas trend berkenaan dengan memuat naik meme yang memaparkan batu nisan bersama logo burung Twitter, tanpa sebarang penjelasan mengenainya.

pic.twitter.com/rbwbsLA1ZG

— gorklon rust (@elonmusk) November 18, 2022

Pada masa ini, tidak dapat dipastikan nasib yang akan menimpa Twitter, sama ada ia akan berlanjutan atau sebaliknya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Terdahulu, ratusan pekerja Twitter dilapor telah meletak jawatan daripada syarikat itu, berbanding memilih untuk terus kekal dan menjadi sebahagian daripada “Twitter 2.0” di bawah Elon Musk. Sementara iu, bangunan pejabat Twitter hanya akan dibuka semula pada 21 November kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
©2026 WISER.MY