Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter blue henti

Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Dihentikan Sementara

Diterbitkan November 12, 2022 · Dikemas kini November 12, 2022 oleh Amalina Athman

Hanya beberapa minggu setelah Elon Musk mengambil alih Twitter, isu mengenai langganan Twitter Blue terus berlanjutan. Terbaru, laporan menyatakan langganan Twitter Blue telah dihentikan buat sementara waktu.

Langkah itu dibuat apabila beberapa akaun yang menyamar sebagai jenama besar, ahli politik dan sebagainya telah menerima tanda biru (Verified), yang sebelum ini menjadi tanda pengesahan bagi akaun sebenar.

Berkaitan

  • Pengguna Mungkin Perlu Langgan Twitter Blue Untuk Kekal Status 'Verified'
  • Elon Musk Sahkan Langganan Twitter Blue Akan Naik Harga, Bakal Perkenal Beberapa Ciri Baharu
  • Kemas Kini Twitter Di App Store Paparkan Harga Langganan Baharu Twitter Blue
  • Pengguna Malaysia Kelak Boleh Dapat 'Blue Tick' Serendah RM34.90 Dengan Twitter Blue

Akaun-akaun palsu itu dikatakan telah menerima tanda biru setelah melanggan Twitter Blue pada harga $7.99 (RM34.90) sebulan, yang mana terhad bagi pengguna Twitter untuk iOS di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand.

Berikut adalah antara akaun palsu yang menerima tanda biru di Twitter.

1. Tesla

Tesla Fake

2. Nestle

Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Dihentikan Sementara

3. SpaceX

spacex Fake

4. Donald Trump

Fake Donald Trump

5. Pepsi

Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Dihentikan Sementara

6. Apple

Apple Fake

Melihat pada akaun yang menyamar itu, pengguna mungkin tidak menyedari akaun tersebut adalah palsu. Tambahan pula terdapat tanda biru yang sebelum ini menjadi rujukan pengguna bagi mengesahkan jika akaun yang dilihat adalah benar atau sekadar parodi dan sebagainya.

Sudah pasti, jika perkara sebegini berterusan, ia akan menimbulkan kekeliruan orang ramai dan sekali gus memberi impak kepada penyebaran maklumat yang tidak benar di platform itu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini isu tersebut telah diatasi dengan menghentikan segera langganan Twitter Blue dan menggantung akaun palsu yang terlibat. Seharusnya, Elon Musk dan pasukannya perlu mempunyai perancangan yang teliti sebelum mengimplementasikan tanda biru dalam langganan Twitter Blue. Jika sebaliknya, ia mungkin akan terus disalahgunakan.

Sumber: BBC, Mashable, Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY