Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Kembali Benarkan Pengguna Lihat Twit Tanpa Log Masuk

Twitter Kembali Benarkan Pengguna Lihat Twit Tanpa Log Masuk

Diterbitkan Julai 6, 2023 ยท Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lalu, Twitter telah membuat polisi baharu dengan menyekat mereka yang tidak mempunyai akaun atau tidak log masuk daripada melihat ciapan atau kandungan di platform itu.

Terbaharu, Twitter kembali membenarkan pengguna untuk melihat ciapan tanpa perlu log masuk atau mempunyai akaun Twitter. Ini bermakna, pengguna boleh membuka pautan Twitter di pelayar tanpa memerlukan akaun.

Berkaitan

  • Pengguna Twitter Kini Ada Had Bacaan Twit Dalam Sehari - Elon Musk
  • Threads Kini Melepasi 2 Juta Pendaftaran Dalam Tempoh 2 Jam Pertama
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua

Walau bagaimanapun, hanya ciapan dengan pautan secara terus (direct link) yang boleh dilihat. Pengguna tidak mempunyai pilihan untuk melihat lebih daripada ciapan pertama untuk bebenang atau ciapan balas di Twitter, jika mereka tidak log masuk.

Setakat ini, Twitter belum mengeluarkan kenyataan berhubung perubahan tersebut atau memberikan sebarang perincian mengenai langkah yang diambil. Elon Musk juga tidak memuat naik ciapan mengenainya.

Dengan itu, tidak dapat dipastikan jika perubahan ini berkait rapat dengan pelancaran Threads oleh Meta, atau sebaliknya.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY