Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter X_5

Akaun Rasmi Twitter Kini Guna ‘Handle’ @X

Diterbitkan Julai 26, 2023 · Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh Amalina Athman

Twitter secara rasmi kini menukarkan nama pengguna atau handle kepada @X, sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula platform itu.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Burung Biru, Twitter Akan Dikenali 'X' Dengan Logo Baharu
  • Meta, Microsoft, Ratusan Syarikat Turut Miliki Tanda Dagang 'X'

Dengan perubahan tersebut, handle @Twitter telah pun dikunci dan tidak lagi aktif.

Twitter X_4

Sementara itu, pemilik asal @X, Gene X. Hwang kini mempunyai nama pengguna baharu iaitu @x12345678998765. Buat masa ini, masih belum jelas jika handle berkenaan dijual kepada platform itu atau sebaliknya.

Alls well that ends well

— x (@x12345678998765) July 26, 2023

Selain @Twitter, beberapa handle lain, termasuk @TwitterSupport, @TwitterDev dan @TwitterAPI tidak lagi aktif, yang menunjukkan paparan “This account doesn’t exist”. Ianya kini menggunakan handle @Support, @XDevelopers, dan @API.

Twitter X_3

Bagaimanapun, laman web serta aplikasi Android dan iOS, masih menggunakan nama Twitter dan logo burung biru, yang mana dijangka akan ditukar sedikit masa lagi bagi melengkapkan penjenamaan semula itu.

Terdahulu, penjenamaan semula Twitter kepada X dilihat sukar berikutan beberapa syarikat termasuk Meta dan Microsoft turut memiliki tanda dagang untuk huruf tersebut. Syarikat itu mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang untuk mempertahankan jenama X pada masa akan datang.

Sumber: TechCrunch

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY