Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter like

Twitter Akan Beri Amaran Jika “Like” Pada Ciapan Dengan Label Maklumat Mengelirukan

Diterbitkan November 24, 2020 oleh Amalina Athman

Menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang lepas, Twitter mula menunjukkan amaran jika pengguna cuba membalas ciapan yang dilabel sebagai berpotensi menyertakan maklumat mengelirukan atau tidak tepat.

Melalui fungsi berkenaan, ia telah mengurangkan Quote Tweet bagi maklumat mengelirukan sebanyak 29%. Terbaru, Twitter telah memperluaskan lagi fungsi itu dengan memberi amaran kepada pengguna yang cuba menekan butang “like” pada ciapan yang dilabel.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1331018136712261632

Menurut laporan The Verge, fungsi ini akan dilepaskan kepada versi web dan iOS secara global bermula minggu ini, serta akan hadir kepada versi Android dalam beberapa minggu akan datang.

Terdahulu, fungsi amaran pada ciapan berita mengelirukan tidak hanya langkah yang diambil menjelang Pilihan Raya Presiden A.S. Malah, Twitter turut mengubah fungsi retweet di mana ia akan secara terus memaparkan pilihan Quote Tweet.

Menurut Twitter, perubahan ini akan kembali kepada asal apabila pilihanraya tersebut berkahir. Bagaimanapun, sehingga kini ciri Retweet masih belum dikembalikan kepada asal.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY