Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kekalkan Konsep Seperti SMS, Twitter Tidak Akan Sediakan Fungsi Suntingan

Twitter Mengubah Fungsi ‘Retweet’ Buat Sementara Waktu

Diterbitkan Oktober 22, 2020 oleh Amsyar Latif

Nampaknya terdapat banyak kekeliruan mengenai beberapa kemaskini terbaru dibuat oleh Twitter.

Khususnya apa yang berlaku sekarang adalah apabila anda menekan ‘retweet’ dalam Twitter.

Sebelum ini, jika pengguna klik butang ‘retweet’, Twitter akan berikan dua pilihan. Pengguna boleh retweet ataupun quote tweet tersebut.

Namun, kini apabila pengguna klik ‘retweet’, ia akan secara terus memaparkan pilihan quote tweet. Ini membuatkan ramai pengguna keliru dan menganggap mereka hanya boleh quote tweet sahaja.

Akan tetapi anda boleh sahaja meneruskan retweet dengan tanpa menulis apa-apa pada quote tweet tersebut.

https://twitter.com/Twitter/status/1318900658217648128?s=20

Sebenarnya, fungsi ini dilakukan pihak Twitter untuk membantu mengurangkan penyebaran berita palsu dan maklumat tidak sahih.

Ia juga adalah disebabkan pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang masih berjalan sekarang dan fungsi ini akan berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga tamat pilihan raya tersebut.

Walaupun begitu, fungsi ini boleh dikatakan agak berguna kerana ia akan memberikan pengguna berfikir dahulu sebelum menyebarkannya.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY