Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung AI TV Neo QLED 8K

TV Samsung Neo QLED 8K Baharu Kini Dengan Pemproses AI Gen 3

Diterbitkan Mac 29, 2024 · Dikemas kini Mac 29, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mendedahkan barisan TV dan bar bunyi 2024 di acara Unbox & Discover dengan mempamerkan barisan Neo QLED 8K, 4K dan TV OLED

Samsung AI TV

Memfokuskan Neo QLED 8K terbaharu mereka, Samsung menaik taraf TV Premium mereka ini dengan pemproses NQ8 AI Gen 3 termaju, menandakan lonjakan ketara dalam teknologi AI TV.

Pemproses ini menampilkan Unit Pemprosesan Neural (NPU) yang memberikan kelajuan 2 kali ganda berbanding pendahulunya, bersama-sama dengan peningkatan 8 kali ganda dalam rangkaian saraf daripada 64 kepada 512.

2_2 NQ8 AI Gen3 Processor

Dengan ciri 8K AI Upscaling Pro, rancangan dan filem kegemaran pengguna diubah agar sepadan dengan paparan 8K, membolehkan anda nikmati butiran dan kejelasan gambar mengatasi TV 4K konvensional.

Selain itu, AI Motion Enhancer Pro menjadikan tindakan pantas seperti menonton sukan menjadi lebih lancar dan jelas.

Manakala Real Depth Enhancer Pro menambah kedalaman seperti hidup pada gambar dan menarik penonton ke tempat kejadian setiap kali. Semua ciri ini disatukan untuk mentakrifkan semula pengalaman skrin besar, menetapkan standard baharu dalam rendaman visual.

Selain kualiti visual, Samsung turut meningkatkan lagi kualiti bunyi TV mereka dengan teknologi bunyi AI Active Voice Amplifier Pro, Object Tracking Sound Pro dan Adaptive Sound Pro yang memperhalusi pengalaman audio dengan bijak, melaraskan audio kepada kandungan dan akustik bilik.

Tidak sekadar itu, Neo QLED 8K juga mempunyai ciri AI yang memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna.

Ciri AI Auto Game Mode bermula semasa permainan, mengoptimumkan visual dan audio untuk pengalaman permainan yang lebih menarik.

AI Customization Mode melaraskan gambar untuk setiap pemandangan berdasarkan keutamaan pengguna, manakala AI Energy Mode menjimatkan kuasa tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Ciri ini memastikan bahawa Neo QLED 8K adalah mudah, diperibadikan dan cekap tenaga untuk semua keperluan hiburan.

TV Samsung Neo QLED 8K tersedia dalam dua model, QN900D dan QN800D, dalam saiz 65, 75, dan 85 inci.

Untuk lihat barisan TV Samsung Neo QLED dan Samsung OLED terkini dengan teknologi AI, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Beli barisan TV Samsung dari stor rasmi di:

Shopee – https://invl.io/clkx809

Lazada – https://invol.co/clkx804

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY