Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TV Samsung Akan Terima Sokongan Kemas Kini Percuma Sehingga 7 Tahun

TV Samsung Akan Terima Sokongan Kemas Kini Percuma Sehingga 7 Tahun

Diterbitkan Ogos 28, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung akan menyediakan kemas kini sistem operasi TV baharunya selama sekurang-kurangnya 7 tahun.

Pengumuman ini dibuat oleh Yoon Seok-woo, Presiden Bahagian Perniagaan Paparan Visual Samsung Electronics, semasa taklimat yang diadakan pada 22 Ogos di Makmal Penyelidikan Digital Kampus Suwon Samsung Electronics di Wilayah Gyeonggi.

Pengumuman itu sekali gus mengikuti rancangan yang diumumkan sebelum ini daripada Samsung untuk menyediakan 7 tahun kemas kini perisian untuk siri telefon pintar Galaxy terbaru.

samsung ai tv

Kemas kini itu akan ditawarkan pada beberapa model TV yang dikeluarkan pada 2023 dan TV yang dikeluarkan pada Mac 2024.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi Samsung untuk menerajui AI, selepas menawarkan kemas kini perisian percuma selama 7 tahun untuk siri Galaxy terbaru.

Pada separuh pertama tahun ini, Samsung Electronics mengekalkan kedudukan teratas dalam pasaran TV global dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 28.8%.

Bagaimanapun, gabungan bahagian pasaran syarikat China TCL dan Hisense memberikan persaingan yang sengit dengan pencapaian penguasaan pasaran sebanyak 22.1%.

Sumber: Business Korea

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip Dijadikan Sebagai Kamera Badan Anggota Polis
  • Samsung Perkenal Monitor Odyssey 3D, Boleh Lihat Visual 3D Tanpa Kaca Mata
  • Teknologi Skrin OLED Samsung Akan Jadikan Telefon Tidak Lagi Perlu Dicas Setiap Hari
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY