Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Foldable

Teknologi Skrin OLED Samsung Akan Jadikan Telefon Tidak Lagi Perlu Dicas Setiap Hari

Diterbitkan Ogos 23, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 23, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung sedang membangunkan paparan OLED tanpa filem polarizer yang akan membawa kepada era panel jimat tenaga yang penggunaan kuasanya kurang separuh daripada tarikan bateri skrin telefon semasa.

Itulah yang didedahkan oleh Naib Presiden Paparan Samsung semasa ucaptama “Evolusi Kekal Paparan dengan AI” di ekspo IMID (Mesyuarat Antarabangsa mengenai Paparan Maklumat) 2024 yang sedang berlangsung di Jeju, Korea.

Perkembangan teknologi skrin Samsung ini sangat menarik perhatian, kerana skrin dan pemproses telefon menggunakan sebahagian besar kapasiti bateri telefon semasa beroperasi.

Paparan dengan tarikan kuasa 50% lebih kecil sekali gus akan menghasilkan peningkatan ketara dalam hayat bateri.

Samsung mendakwa, panel jimat tenaga baharunya akan membawa kepada telefon andalan pada masa hadapan tidak perlu dicas setiap hari, dengan keupayaan hayat bateri lebih daripada 24 jam walaupun dengan penggunaan yang aktif.

“Penggunaan kuasa rendah yang tidak memerlukan pengecasan sekurang-kurangnya sehari, kualiti imej yang jelas yang tidak dapat dibezakan daripada realiti, dan reka bentuk skrin besar namun mudah alih adalah syarat penting untuk paparan era AI.” Chung Yi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Paparan Mudah Alih/IT Perniagaan Korporat di Samsung.

Samsung mungkin menemui cara bagi menyeimbangkan dengan baik antara keperluan prestasi AI dan hayat bateri duanya menerusi teknologi skrin baharunya sehingga mampu menghasilkan telefon yang tidak perlu dicas dengan kerap.

Sumber: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ROG Swift OLED PG32UCDP, Ada Ciri AI Khas Untuk Permainan FPS
  • Samsung Galaxy Z Flip Dijadikan Sebagai Kamera Badan Anggota Polis
  • Anda Boleh Tunaikan Solat Jumaat Dalam IOI City Mall Putrajaya Bermula September Ini
  • Google Tambah 2 Lagi Ciri Gemini Baharu Pada Gmail

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY