Syarikat itu menyebutnya produk itu sebagai paparan pintar dimana ia tidak hanya berfungsi seperti televisyen yang biasa tetapi mahu mengetengahkan inovasi lebih menarik padanya.
Pada acara Global Mobile Internet Conference (GMIC) minggu lepas, Presiden HONOR< George Zhao menyatakan paparan pintar tersebut bakal diperkenalkan pada 10 Ogos depan dan ia akan dikuasakan dengan cip Honghu 818.
Cip ini dibangunkan dengan hasil kerjasama antara Hisilicon dan Baidu, dimana ia berlainan daripada cip yang biasa dilihat pada peranti Huawei serta HONOR. Dikatakan juga Honghu 818 akan dioptimumkan khusu untuk produk paparan pintar yang menawarkan prestasi baik bagi kandungan bergambar serta audio.
Diperkenalkan pada awal bulan, cip tersebut disasarkan kepada peranti AI termasuklah perkakasan rumah pintar. Ia menyokong teknologi HDR, DCI, MEMC dan lain-lain bagi memberikan pengalaman video berkualiti tinggi.
Menariknya juga, paparan pintar HONOR turut dilengkapi dengan kamera terangkat. Selain berfungsi untuk menangkap gambar serta panggilan video, ia berkemungkinan juga digunakan bagi ciri keselamatan seperti pengesahan wajah.

Paparan pintar ini bakal ditawarkan dengan dua versi iaitu standard serta Pro dan kedua-duanya berukuran 55 inci. Terdahulu, terdapat desas-desus mengatakan produk ini bakal dioperasikan dengan sistem HongMengOS, namun belum dapat dipastikan tentang kesahihannya lagi.
Berkaitan
- Miliki Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Pada Harga RM1899 Dan RM 1249
- 901F: TV OLED Pertama Dari Philips
- Imej Didakwa Huawei Mate 10 Tersebar Di Internet
- Huawei Matepad Pro Turut Diperkenalkan, Dijual Pada Harga RM2399
- Anda Mungkin Boleh Kesan Alat Kawalan Apple TV Dengan "Find My"
- Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB
- Honor 6X Kini Berharga Bawah RM1000
- HONOR Malaysia Umum Kerjasama Dengan JOOX
- Honor Tawar Harga Diskaun Sehingga Rm100 Untuk Pembelian Telefon Pintar Mereka
- Jepun Menyasarkan Olimpik Tokyo 2020 Disiar Menggunakan TV Beresolusi 8K