Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Pertama Yang Akan Menggunakan HongMeng OS Mungkin TV Pintar Dari HONOR

Peranti Pertama Yang Akan Menggunakan HongMeng OS Mungkin TV Pintar Dari HONOR

Diterbitkan Julai 18, 2019 ยท Dikemas kini Julai 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Rata-rata daripada kita mungkin sudah maklum mengenai sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh Huawei dikenali sebagai HongMengOS. Tempoh hari, gergasi teknologi dari China itu dikhabarkan ada membuat permohonan tanda dagang “Harmony”, dikatakan nama lain bagi sistem operasi mereka untuk pasaran lain.

Kini satu lagi ura-ura muncul menyatakan HONOR Smart TV bakal menjadi pertama yang akan menggunapakai Harmony/HongMeng dan pelancarannya diramal berlangsung pada Ogos ini.

TV pintar dengan skrin paparan berukuran 55 inci turut mempunyai fungsi sebagai hub kepada sistem rumah pintar dan menjadikannya sebagai platform hiburan. Ia dikatakan sebagai cara untuk menarik kembali minat pengguna yang sedikit demi sedikit beralih arah kepada peranti mudah alih.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah khabar angin yang mula dibualkan ketika ini dan berkemungkinan sebagai langkah awal dalam mengetengahkan sistem operasi mereka ke dalam pasaran.

Sumber: YiCai Global via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY