Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tumblr Akan Mula Sekat Kandungan Lucah Bermula 17 Disember Ini

Tumblr Akan Mula Sekat Kandungan Lucah Bermula 17 Disember Ini

Diterbitkan Disember 4, 2018 ยท Dikemas kini Disember 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Bulan lalu pengguna iOS telah maklum bahawa aplikasi Tumblr telah ditarik dari senarai muat turun App Store berikutan penularan pornografi kanak-kanak pada platform tersebut.

Pengumuman terbaru dari Tumblr, kandungan dewasa atau lucah yang dimuatkan dalam aplikasi itu bakal disekat bermula 17 Disember ini.

Bagi pemegang akaun yang ada memuat naik kandungan lucah, mereka akan menerima emel pemberitahuan kandungan itu akan ditanda sebagai kandungan dewasa. Tetapan privasi kandungan itu akan diubah dan ia hanya boleh dilihat oleh pemilik kandungan sahaja.

Langkah tandaan itu dikatakan sudah berjalan, namun terdapat beberapa perkongsian ilustrasi dari pelukis disalah anggap sebagai kandungan lucah.

Dikutip dari The Verge, CEO Tumblr Jeff D’Onofrio menjelaskan “Kami bergantung pada alat automatik untuk mengenal pasti kandungan dewasa dan manusia untuk membantu melatih dan memastikan sistem kami diperiksa. Kami tahu akan ada kesilapan.”

Bagi kandungan yang bukan tergolong dalam kategori dewasa itu, tetapi telah disalah tanda sebagai lucah, pemilik akaun boleh memaklumkan kepada pihak Tumblr untuk tindakan lanjut.

Sumber: Tumblr dan The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY