Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tsmc apple

TSMC Rancang Mahu Naikkan Harga Cip, Apple Dilapor Tidak Bersetuju

Diterbitkan September 29, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan enggan bersetuju kenaikan harga cip daripada pembekal tunggalnya iaitu TSMC. Menurut laporan Economic Daily News, Apple didakwa telah menolak rancangan TSMC untuk menaikkan harga cip tahun depan.

Berkaitan

  • TSMC Beri Amaran Kali Kedua Mahu Naikkan Harga, 'Chippagedon' Terus Membelenggu
  • iPhone 15 Versi Pro Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm

Pada asalnya, dikhabarkan bahawa harga cip TSMC akan dinaikkan tahun depan dengan anggaran kira-kira 6% hingga 9% mengikut proses, tetapi kemudiannya dikhabarkan bahawa terdapat semakan rundingan, dengan kenaikan harga akan bermula sekitar 3%.

Namun, ura-ura terkini mengatakan Apple telah menolak rundingan kenaikan harga itu.

Kebiasaannya, ia terpulang kepada pembekal untuk menetapkan harga bagi bekalannya, dengan kemungkinan beberapa rundingan daripada pelanggan. Tambahan pula, TSMC dijangka akan menjadi pengeluar cip pertama di dunia yang menawarkan pemproses 3nm.

Bagaimanapun, Apple merupakan pelanggan terbesar TSMC yang menyumbangkan lebih daripada 25% pendapatan syarikat itu. Ini bermakna, kedua-dua syarikat saling bergantung antara satu sama lain.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY