Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple A17

iPhone 15 Versi Pro Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm

Diterbitkan Ogos 18, 2022 · Dikemas kini Ogos 18, 2022 oleh Firdaus

Versi Pro untuk siri iPhone 15 pada tahun 2023 depan didakwa bakal dikuasakan cip 3nm Apple A17 Bionic yang baharu berbanding versi bukan Pro (iPhone 15, iPhone 15 Max).

Berkaitan

  • Harga iPhone 14 Pro Mungkin Naik Sekitar RM400
  • Acara Pelancaran Siri iPhone 14 Dijangka Berlangsung Lebih Awal
  • Sedia Untuk Dipasang, iOS 15.6.1 Dikemas Kini Dengan Dua Tampalan Keselamatan

Hal ini tidak mengejutkan dek kerana banyak ura-ura yang kuat mengatakan siri iPhone 14 adalah yang pertama menggunakan cip pemprosesan yang berbeza untuk versi Pro dan bukan Pro.

iPhone 15 Versi Pro Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm

Berikut merupakan cip pemprosesan yang mungkin digunakan setiap model iPhone 14:

  • iPhone 14: Apple A15 Bionic
  • iPhone 14 Max: Apple A15 Bionic
  • iPhone 14 Pro: Apple A16 Bionic
  • iPhone 14 Pro Max: Apple A16 Bionic

Oleh itu, kita boleh mengagak bahawa untuk siri iPhone 15 pada tahun 2023 nanti, versi Pro akan dijana cip Apple A17 Bionic yang lebih baharu dan berkuasa.

Apple Minta Pembekal Hasilkan Sekurangnya 90 Juta Unit iPhone 14

Manakala, cip Apple A16 Bionic yang bakal hadir pada tahun ini berkemungkinan akan dipadan dengan versi bukan Pro dalam siri iPhone 15 nanti.

Walau bagaimanapun, sumber daripada mobile chip expert tidak menyatakan sebarang maklumat berkenaan spesifikasi atau perubahan yang bakal hadir dalam cip A17 Bionic itu.

Sumber: wccftech

Foto utama: notebookcheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY