Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tingkatkan Lagi Pengeluaran Cip, Taiwan Gesa Jepun Labur Lebih Banyak

TSMC Beri Amaran Kali Kedua Mahu Naikkan Harga, ‘Chippagedon’ Terus Membelenggu

Diterbitkan Mei 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Corporation) kali ini memberi peringatan kali kedua dalam tempoh kurang setahun kepada pelanggannya, menurut Nikkei Asia.

Peringatan tersebut ialah berkaitan rancangan mereka untuk meningkatkan harga disebabkan kebimbangan inflasi, kos pembuatan yang meningkat dan pelan mereka untuk mengembangkan operasi dalam mengatasi isu bekalan.

Laporan daripada Digitimes mengatakan TSMC sudah menaikkan harga sekitar 10%-20% untuk cip binaan 7nm dan 5nm. Syarikat besar termasuk AMD, Nvidia, Intel tidak mempunyai pilihan melainkan untuk bersetuju dengan harga baru tersebut.

Apple bagaimanapun telah bersetuju dengan harga yang lebih tinggi untuk pembuatan cip generasi terbaru A16 4nm yang akan mula dikeluarkan tahun ini, menurut Techwire Asia.

Dengan itu, masalah bekalan atau harga cip akan terus menghantui pengguna dalam tahun 2022 disebabkan impak COVID-19 yang masih diselesaikan sepenuhnya.

Baca juga:

  • Apple Dan TSMC Dilapor Bekerjasama Untuk Pembangunan Cip 2nm
  • TSMC Berbelanja Besar, AS$100 Bilion Bagi Atasi Masalah ‘Chipageddon’
  • Kini Tinggal Kenangan, Apple Umumkan iPod Touch Tidak Lagi Dikeluarkan Kilang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY