Truecaller adalah sebuah aplikasi yang digunakan secara meluas bagi mengenal pasti dan menapis panggilan serta mesej yang tidak dikenali dari mana-mana lokasi di dunia.
Sekiranya seorang pengguna menggunakan aplikasi itu, secara tidak langsung nombor telefon kenalannya turut akan berada dalam pangkalan data Truecaller.
Selain itu, ia juga mempunyai beberapa maklumat lain oleh pengguna seperti alamat IP, lokasi dan sebagainya mengikut privasi mereka.
Oleh yang demikian, jika anda seorang yang mementingkan privasi, ini adalah cara bagaimana agar nombor telefon anda tidak disenaraikan dalam Truecaller.
Cara pertama, klik pautan ini dan masukkan nombor telefon anda. Kemudian, klik “Unlist Phone Number”. Dengan ini, anda juga tidak lagi boleh menggunakan aplikasi Truecaller.
Cara kedua adalah bagi pengguna yang sudah menggunakan Truecaller. Buka aplikasi itu dan pergi ke “Settings” dan klik “Privacy Center”. Seterusnya klik “Deactivate”. Setelah itu, anda perlu ikuti “cara pertama” tadi dan masukkan nombor telefon anda.
Selesai, sekiranya anda menerima mesej atau panggilan yang mencurigakan seperti mengajak anda untuk “cuci” dan sebagainya, disarankan untuk sekat (block) sahaja nombor telefon tersebut.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak memasukkan nombor telefon atau maklumat peribadi sewenang-wenangnya di laman yang tidak dikenal pasti.
Foto utama: Truecaller
Baca juga – Ini Cara Elak Ditipu Ketika Beli-Belah Di Shopee
Baca juga – Ubah Tetapan WhatsApp Ini Segera Bagi Mengelakkan Anda Menjadi Mangsa ‘Scam’
Baca juga – Truecaller: 97% Daripada Panggilan Scam Datang Dari Nombor Tempatan