Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TapSecure: Peranti Perlu Dipautkan Ke TNG eWallet Sebelum 3 April 2023, Ini Caranya

TapSecure: Peranti Perlu Dipautkan Ke TNG eWallet Sebelum 3 April 2023, Ini Caranya

Diterbitkan Mac 29, 2023 ยท Dikemas kini Mac 29, 2023 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go eWallet kini memperkenalkan TapSecure, iaitu ciri pengesahan transaksi yang lebih selamat. Ia merupakan pengesahan keselamatan mandatori yang mesti digunakan untuk pengesahan transaksi.

Lanjutan itu, pengguna TNG eWallet perlu memautkan peranti utama ke platform tersebut sebelum 3 April 2023, bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.

Berkaitan

  • Tidak Terhad Kepada TNG, Perkhidmatan Pengangkutan Awam Akan Integrasi Sistem Pembayaran Terbuka
  • Mulai Esok, TNG eWallet Hadkan Pengeluaran Duit Yang Ditambah Nilai Daripada Kad Kredit

Pautkan Peranti ke TNG eWallet

Terlebih dahulu, perlu diketahui pengguna hanya boleh memautkan satu peranti bagi setiap akaun. Berikut disediakan langkah mudah untuk pautkan peranti ke platform TNG eWallet.

1. Buka aplikasi TNG eWallet dan pergi ke bahagian profil. Kemudian tekan pada “Settings” dan “Linked Device”. Atau lebih mudah, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Linked Device TNG eWallet_2

2. Seterusnya, tekan “Link A Device” dan masukkan PIN 6-digit.

Linked Device TNG eWallet

3. Lakukan “Scan Face” atau imbasan wajah bagi tujuan pengesahan. Setelah itu, peranti anda berjaya dipautkan dan tekan “OK”.

Linked Device TNG eWallet_3

Selesai. Jika ingin menyahpautkan peranti, pengguna perlu menghubungi TNG di talian +603-50223388 atau melalui TNG Careline Webform.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Tinggalkan komen di platform media sosial kami jika ada sebarang cadangan mahupun penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY