Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Diterbitkan Jun 14, 2017 oleh Wiser MY

Konami baru sahaja menayangkan trailer PES 2018 di E3 semalam.

Untuk PES 2017 versi PC yang lepas, peminat agak kecewa kerana pihak Konami telah mengurangkan kualiti grafik untuk platform itu berbanding platform konsol.

Versi PES untuk platform PC kali ini berbeza kerana Konami menjanjikan kualiti grafik setanding dengan platform lain.

Terdapat beberapa perkara yang Konami tekankan untuk versi PES terbaru mereka.

Antaranya ialah:

Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Kawalan Permainan

  • Strategic Dribbling yang memberi pemain lebih kawalan di dalam posisi dengan tambahan perlindungan kontekstual untuk melindungi bola
  • Real Touch + yang menambah dimensi terbaru mengawal bola dengan membolehkan penggunaan anggota badan untuk mengawal pergerakan bola.
  • Set piece juga diubah bersama dengan sistem penalti dengan pilihan untuk memilih seorang pemain baru semasa kick off.

Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Penambahbaikan Visual

  • Real Capture membantu mencipta suasana realistik semasa perlawanan.
  • Suasana stadium yang lebih realistik dengan pencahayaan stadium, keadaan padang dan juga terowong pemain diambil sebanyak 20,000 element yang dikutip di Stadium Camp Nou dan Signal Iduna Park.
  • Pergerakan pemain ditangkap di dalam suasana realistik membolehkan sistem animasi permain setanding dengan suasana sebenar.
  • Model pemain juga ditambah baik sehingga butiran kit baju pemain diperhalusi sambil memaparkan tattoo badan pemain yang terlibat.

Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Mod Kerjasama Atas Talian

  • Satu mod permainan baru ditambah membolehkan anda bermain dengan rakan anda secara kerjasama antara 2v2, dan 3v3.

Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Mod Baru

  • Mod RANDOM SELECTION MATCH kembali atas permintaan ramai dengan fungsi dan cara persembahan yang baru.
  • Mod MASTER LEAGUE untuk mereka yang berminat dengan permainan kejurulatihan dengan sistem perpindahan yang diperbahurui di sampingĀ  dengan perlawanan pra musim, temu bual pra perlawanan dan juga aksi di bilik loker.

Trailer PES 2018: Naik Taraf Dari Versi Lepas

Presentation Overhaul

  • UI yang baru serta imej pemain sebenar untuk skrin gameplay dan myClub, tampil memberikan perasaan yang baru.

Integrasi Untuk PES LEAGUE

  • Kini anda boleh bersaing dalam liga PES termasuk myClub, Random Selection Match dan Online co-op

https://youtu.be/jGgNxN0rQYw

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY