Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
toyota mazda scandal

Toyota, Mazda Gantung Pengeluaran 5 Model Kereta

Diterbitkan Jun 7, 2024 · Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh Amalina Athman

Gergasi automotif Jepun, Toyota dan Mazda, menggantung pengeluaran lima model kereta pada Khamis kerana penemuan amalan penipuan dalam ujian pensijilan negara, susulan pendedahan skandal penipuan melibatkan lima pengeluar kereta utama Jepun.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Mekanik Toyota Ini Beri Amaran Tabiat Biarkan Pengecas Telefon Dipalam Ke Kenderaan

Susulan arahan Kementerian Pengangkutan Jepun, Toyota menghentikan pengeluaran model terjejas, iaitu Yaris Cross, Corolla Fielder, Corolla Axio di kilangnya di Wilayah Miyagi dan Iwate, dengan penggantungan dijangka sehingga hujung bulan ini.

Sementara Mazda menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2 di kilangnya di wilayah Hiroshima dan Yamaguchi.

Penggantungan itu dibuat selepas Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan mendedahkan bahawa Toyota, Honda Motor, Mazda, Yamaha Motor dan Suzuki Motor telah terlibat dalam amalan penipuan haram semasa permohonan pensijilan pengeluaran besar-besaran mereka.

Dianggarkan bahawa lebih 1,000 pembekal Toyota dan kira-kira 300 pembekal Mazda terjejas berikutan penggantungan itu.

Sumber: Xinhua
Gambar utama: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY