Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TOwer of fantasy

Tower of Fantasy Dilancar 10 Ogos, Mungkin Bakal Jadi Pesaing Terkuat Genshin Impact

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh Firdaus

Tower of Fantasy diumumkan tersedia untuk diprapasang bermula 9 Ogos nanti dan akan dilancarkan secara global pada 10 Ogos keesokan harinya.

Buat mereka yang tidak tahu, Tower of Fantasy merupakan sebuah video game yang bertemakan dunia terbuka dan berasaskan penggunaan grafik seakan-akan Genshin Impact tetapi menawarkan corak permainan yang tampak berbeza.

Tower of Fantasy

Buat masa ini, sudah lebih 3 juta pengguna membuat pra-pendaftaran terhadap game Tower of Fantasy ini dan bakal tersedia untuk platform Android, iOS dan PC.

Antara ciri-ciri menarik yang ada dalam Tower of Fantasy ini adalah seperti:

  • RPG dunia terbuka
  • Gaya grafik anime sci-fi post-apocalyptic
  • Pertarungan yang menyeluruh dan mengasyikkan
  • Pengembaraan dunia terbuka
  • Fizik dunia sebenar (berenang, memanjat, meluncur)
  • Mod pelbagai pemain tersedia

Tower of Fantasy masih lagi terbuka untuk pra-pendaftaran dilaman sesawang rasminya dan di Steam, Epic Game Store, App Store dan Google Play.

Sumber: Siaran Akhbar Tower of Fantasy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY