Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Cara Mudah Bagi ‘Angpau’ Melalui Money Packet TNG eWallet

Diterbitkan Januari 17, 2023 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go baru sahaja memperkenalkan ciri Money Packet yang membolehkan pengguna menghantar sejumlah wang kepada lebih seorang penerima dalam satu masa dengan amaun yang dibahagikan secara rawak.

Berkaitan

  • Ketahui Jenis Akaun TNG eWallet Anda Dan Perbezaannya
  • Touch 'n Go Perkenal Ciri Baharu "Money Packet"

Sempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, mungkin ada di antara pengguna yang ingin memberikan ‘angpau’ kepada keluarga atau rakan-rakan dan sebagainya.

Berikut disediakan beberapa langkah mudah untuk memberi ‘angpau’ melalui Money Packet di Touch ‘n Go eWallet.

Cara bagi ‘angpau’ melalui Money Packet

1. Buka aplikasi TNG eWallet atau muat turun di Play Store/App Store.

Money Packet_3

 

2. Di bahagian menu utama, klik pada “Transfer” dan pilih “Money Packet”. Seterusnya, tekan “Create Money Packet” > isi butiran yang diperlukan seperti jumlah penerima (2-100 penerima), jumlah amaun (RM1.00-RM1,000) dan ucapanĀ > klik “Preview”.

3. Kemudian, tekanĀ “Create Money Packet”. Masukkan PIN untuk pengesahan dan isi 6-digit OTP yang dihantar melalui SMS.

Money Packet_4

Selesai, anda kini boleh berkongsi Money Packet melalui pautan (link)atau kod QR.

Money Packet_5

Perlu diketahui, tempoh sah bagi setiap Money Packet adalah selama 24 jam dan jika ada sebarang baki wang yang tidak dituntut atau diagihkan, baki tersebut akan dipulangkan secara automatik.

Selain itu, Money Packet yang mempunyai status ‘In-Progress’ juga boleh dibatalkan pada bila-bila sahaja, selagi ianya tidak dituntut atau belum tamat tempoh.

Status Money Packet

Setiap Money Packet akan mempunyai status seperti berikut:

  • Pending – Telah dibuat tetapi tidak sedia untuk dikongsikan.
  • In Progress – Aktif dan sedang berjalan.
  • Cancelled – Telah dibatalkan sebelum tamat secara automatik dan terdapat baki wang untuk dipulangkan.
  • Fully claimed – Telah dituntut sepenuhnya oleh penerima dan tiada baki wang untuk dipulangkan.
  • Ended – Tamat selepas 24 jam tempoh sah dan terdapat baki wang untuk dipulangkan.

Itu sahaja tips kali ini, semoga bermanfaat. Tinggalkan komen untuk sebarang cadangan mahupun penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY