Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG eWallet

TNG eWallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah

Diterbitkan Julai 16, 2025 · Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Touch ’n Go eWallet kini boleh digunakan untuk pembayaran gaji pekerja secara sah dan automatik, hasil kerjasama strategik antara TNG Digital dan platform HR Kakitangan.com.

Melalui sistem ini, majikan boleh menyalurkan gaji terus ke eWallet pekerja menggunakan DuitNow Bulk Payment, tanpa perlu akaun bank tradisional.

Inisiatif ini diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), menjadikan eWallet TNG sebagai akaun sah untuk pembayaran gaji, termasuk kepada pekerja asing dan mereka yang tidak memiliki akaun bank.

Menurut CEO TNG Digital, Alan Ni, kerjasama ini membantu syarikat kecil dan sederhana (PKS) menyelaraskan proses penggajian serta memberi pekerja pilihan menerima gaji tanpa perlu bergantung kepada bank konvensional.

Dengan integrasi ini, pekerja menerima gaji secara cepat dan selamat, terus ke dalam TNG eWallet yang kini dilengkapi nombor akaun DuitNow.

Mereka juga boleh menggunakan fungsi penuh eWallet seperti pindahan wang, pembelian dalam talian, pengeluaran ATM (dengan kad Visa TNG), dan penghantaran wang ke luar negara.

Lebih dua juta pengguna eWallet TNG merupakan pekerja asing yang kini mendapat akses langsung kepada pendapatan mereka yang mana ia satu langkah besar ke arah akses kewangan digital di Malaysia.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Pas My50 Boleh Diperbaharui Guna TNG eWallet Mulai 1 Julai - Ini Caranya
  • Touch 'n Go Kini Ada Platform e-Dagang Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY