Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Sertai Konsortium Kabel Asia Link, Akan Tingkat Kapasiti Pindahan Data Kabel Dasar Laut TM

TM Sertai Konsortium Kabel Asia Link, Akan Tingkat Kapasiti Pindahan Data Kabel Dasar Laut TM

Diterbitkan September 18, 2023 · Dikemas kini September 18, 2023 oleh ariff bukhari

Cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsa Telekom Malaysia Bhd, TM Global mengumumkan penyertaannya sebagai ahli konsortium Sistem Kabel Asia Link (ALC).

Ia merupakan langkah strategik meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama yang menghubungkan Malaysia ke Hong Kong.

Penglibatan TM Global dalam konsortium itu dimeterai secara rasmi menerusi Perjanjian Pembinaan dan Penyelenggaraan dengan semua ahli konsortium yang lain yang terdiri daripada 7 anggota dari rantau ASEAN dan Asia Utara iaitu Singapore Telecommunications Limited (Singtel), China Telecom Global Limited (CTG), China Telecommunications Corporation (CTC), Globe Telecom (Globe) dan DITO Telecommunity Corporation (DITO) Filipina, Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) Brunei dan Global Transit Singapore Pte. Ltd (GTS).

TM Global – ALC signing ceremony with other consortium partners

Menjangkau jarak keseluruhan kira-kira 7,200 kilometer dengan kapasiti reka bentuk awal sebanyak 24Tbps, Stesen Pendaratan Kabel (CLS) untuk ALC akan terletak secara strategik di TM Exchange Kuala Sedili dan akan memanfaatkan kedudukannya yang berdekatan dengan pusat data Iskandar Puteri TM di Johor.

CLS Sedili ialah CLS antarabangsa keenam di negara ini, termasuk Kuala Muda, Morib, Mersing, Cherating serta Melaka dan pembinaannya dijangka siap menjelang 2025.

“ALC akan meningkatkan kapasiti pemindahan data sistem kabel dasar laut sedia ada TM dengan ketara, memenuhi permintaan lebar jalur yang semakin meningkat di seluruh rantau ASEAN dan Asia Utara. Tambahan pula, ALC menggunakan reka bentuk sistem kabel terbuka yang boleh disesuaikan dan serasi dengan pelbagai teknologi dan penaiktarafan.”

“Dengan pemilikan 32 sistem kabel dasar laut dan melalui kerjasama yang menjangkau lebih daripada 340,000 kilometer di seluruh dunia, TM komited untuk menyediakan prestasi perkhidmatan tertinggi dan pengalaman kualiti terbaik kepada pelanggan di peringkat domestik dan antarabangsa.” TM

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Malaysia Rancang Bina Tapak Pelancar Roket Angkasa Lepas
  • Pekerja Apple Dilaporkan Supaya Kunci Mulut Isu Tahap Elektromagnet iPhone 12

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY