Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
curi kabel TM _ IPD Timur Laut Pulau Pinang

TM Sahkan Insiden Kecurian Kabel Libatkan Kontraktor, Pekerja

Diterbitkan Disember 19, 2024 · Dikemas kini Disember 19, 2024 oleh Amalina Athman

Telekom Malaysia Berhad (TM) mengesahkan insiden kecurian kabel baru-baru ini, yang melibatkan kontraktor dan pekerjanya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Dalam kenyataannya, TM berkata akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk memudahkan siasatan yang masih berjalan.

Pihaknya turut menegaskan tidak akan bertoleransi terhadap sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

Tindakan itu selaras dengan komitmen syarikat, untuk menegakkan standard integriti dan akauntabiliti tertinggi di seluruh organisasi.

Kecurian kabel adalah kesalahan serius yang membahayakan nyawa, mengganggu perkhidmatan penting yang rakyat Malaysia bergantung setiap hari, serta memberi kesan kepada masyarakat. Kami menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera menghubungi 999 atau mengunjungi balai polis terdekat.

Dalam pada itu, TM berkata pihaknya juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi mencegah kejadian sedemikian berulang pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Pencuri Larikan Kabel TM Sepanjang 44.2 Meter Sejauh 100km
  • TM Terima Keputusan Kerajaan Berhubung Rangkaian 5G Kedua
  • TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya Dan Johor 
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!

Sumber: Telekom Malaysia

Gambar utama: IPD Timur Laut, Pulau Pinang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY