Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tm malaysia

TM Menang Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia Sekali Lagi

Diterbitkan November 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah meraih Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia di World HRD Congress 2021.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Employer Branding Institute, World HRD Congress dan Star of The Industry Group, Asia’s Best Employer Brands Awards di mana ia mengiktiraf usaha organisasi-organisasi di rantau Asia yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam penjenamaan majikan melalui strategi bakat, pembangunan bakat dan inovasi bakat yang efektif.

Selain itu, acara itu turut mengumpulkan para pemimpin dan profesional Sumber Manusia dari rantau Asia untuk membincang dan mengenalpasti amalan terbaik dalam bidang Sumber Manusia.

Oleh yang demikian, Ketua Pegawai Modal Insan TM, Sarinah Abu Bakar meluahkan rasa penghargaan atas pencapaian ini serta penganugerahan tersebut merupakan satu penghormatan kepada lebih 22,000 anggota TM.

Katanya, TM akan terus fokus terhadap mempersiap organisasi mereka ke arah masa depan (future-proofing) untuk memacu Digital Malaysia.

Dalam perkembangan lain, TM telah melaksanakan polisi dan inisiatif demi keselamatan dan kesihatan tenaga kerja termasuklah aplikasi digital seperti COVID-19@TM dan alatan digital semasa situasi pandemik ini.

Sumber: Siaran Akhbar TM

Baca juga:

  • Pengguna Android Dah Boleh Main Game Di Netflix, Ini 5 Permainan Yang Ditawarkan

  • Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dijangka Bermula Suku Kedua 2022

  • Ini Antara Model Yang Hadapi Masalah Kemaskini macOS Monterey

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY