Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macOS Monterey

Ini Antara Model Yang Hadapi Masalah Kemaskini macOS Monterey

Diterbitkan November 3, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

macOS 12 Monterey sedia dilancarkan Jun lalu di acara WWDC. Versi macOS terbaharu itu sudahpun dilepaskan kepada pengguna dimana kemaskini sistem operasi tersebut mula diterima sejak 25 Oktober yang lepas. Namun begitu, terdapat beberapa aduan melaporkan menyatakan pengguna menghadapi masalah ketika proses naik taraf kepada sistem operasi tersebut.

Antara masalah yang dilaporkan ialah kemas kini tersebut membuatkan peranti pengguna tersekat pada skrin hitam dan tidak dapat dihidupkan. Salah satu cadangan di Apple Support Communities ialah untuk pengguna memasang semula (restore) perisian ‘firmware’ Mac mereka.

Kebanyakan pengguna yang mengadu masalah ini ialah pengguna MacBook Pro, Mac mini dan iMac dari model lama termasuk MacBook Pro 2019 dan 2020.

Bagi pengguna yang belum mengemas kini ke macOS Monterey, anda disarankan untuk menangguhkan dulu niat untuk mengemas kini dan menunggu sehingga ia menjadi lebih stabil.

Sumber: MacRumours

Baca juga:

  • iOS 15.1, macOS Monterey, iPadOS 15.1 Dan watchOS 8.1 Sedia Dimuat Turun
  • MacBook Pro Baharu Dilancar – Paparan Bertakuk, Mini LED 120Hz, Kembalinya MagSafe
  • Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY