Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Bangunkan Sistem Pengesanan Haba Awal Bagi Mengimbas Orang Ramai

TM Bangunkan Sistem Pengesanan Haba Awal Bagi Mengimbas Orang Ramai

Diterbitkan April 6, 2020 · Dikemas kini April 6, 2020 oleh ariff bukhari

Sistem tersebut dikenali sebagai EWAR.

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Research & Development (TM R&D) mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membangunkan satu inovasi baru yang dapat membantu memudahkan pengesanan suhu awal tidak normal dalam khalayak ramai.

Ia sekaligus akan dapat membendung penularan wabak COVID-19. Inovasi terbaru itu dikenali sebagai Early Warning, Alert & Response atau singkatannya EWAR didakwa mampu mengesan suhu tidak normal membabitkan 15 individu bagi setiap saat secara serentak.

EWAR adalah sistem yang dilengkapi dengan dwi kamera berbeza iaitu kamera haba dan optik yang mampu mengesan suhu tidak normal sehingga mencapai 15 individu berturut-turut dalam tempoh sesaat.

Menurut TM, pembangunan EWAR telah bermula sejak pertengahan bulan Februari 2020 lalu dan ia dibangunkan menerusi Platform Inovasi Terbuka TM R&D yang merupakan platform pembangunan perisian terbuka pertama di Malaysia.

Pihak TM percaya, pembangunan EWAR adalah tepat pada masanya bagi membantu barisan hadapan mengesan dengan lebih pantas sekaligus melakukan pengasingan awal terhadap individu-individu yang disyaki telah dijangkiti COVID-19.

Ia dengan harapan akan dapat menawarkan bantuan yang amat diperlukan pasukan barisan hadapan untuk mengekang penularan wabak COVID- 19.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY