Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI

Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI

Diterbitkan Ogos 28, 2023 · Dikemas kini Ogos 28, 2023 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) memeriahkan lagi sambutan Kemerdekaan negara pada tahun 2023 ini dengan cara unik iaitu dengan menghasilkan muzik video yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI).

TM menyatakan, muzik video bertajuk AIDENTITI KITA itu adalah kempen mempamerkan rakyat dan tradisi negara melalui perspektif digital yang unik dan penglibatan di lapangan yang inklusif di mana komuniti dari semua lapisan masyarakat dapat mengalami AI dengan dekat.

Kempen ini dimulakan dengan muzik video Bulan Kebangsaan pertama di Malaysia yang dibuat dengan Generative AI yang menterjemahkan kekayaan budaya dan warisan negara ke dalam seni digital dan adegan yang menawan menggunakan gesaan teks.

Video muzik ini menampilkan artis MK (K-Clique), Suki Low dan Balan Kash.

Setakat artikel ini ditulis, muzik video itu yang telah dilancarkan 10 hari lepas telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta tontonan.

Lebih menarik lagi, TM mewujudkan satu laman sesawang khas yang menunjukkan pembikinan di sebalik tabir muzik video AIDENTITI KITA serta anda juga boleh mencipta sendiri ‘AIDENTITI’ unik anda sendiri di SINI.

Berkaitan

  • Harga Pelan 5G Lebih Tinggi Daripada Dijangka, Fahmi Fadzil Akan Jumpa 'Telco'
  • ASUS Zenfone 10 Mungkin Model Terakhir Dalam Siri Zenfone

Sumber: TM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY