Kejayaan itu diraih hasil daripada usaha berterusan yang cemerlang dalam menjaga kebajikan para pekerjanya.
Lebih manis lagi, TM turut meraih Anugerah WeCare: Syarikat Paling Prihatin HR Asia 2020 bagi inisiatif dan tindakan syarikat melindungi keselamatan dan memastikan kebajikan pekerja sepanjang pandemik COVID-19.
Menerusi kenyataan dari Pemangku Ketua Pegawai Modal Insannya, Norhamijah Mohd Hanafiah, beliau memaklumkan TM kini dalam proses menyusun semula tenaga kerja bagi meneruskan budaya kerja secara cekap dengan kemahiran tersedia untuk masa hadapan bagi memacu Digital Malaysia.
Dalam anugerah tersebut selain TM , Takaful Malaysia, Sarawak Energy Berhad dan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut tersenarai antara syarikat terbaik untuk bekerja pada tahun 2020 bagi edisi Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Berkaitan
- TMpoint Hanya Melayan 3 Urusan Penting Sahaja Ketika Ini
- Pos Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-80 Batman Dengan Menghasilkan Setem Edisi Terhad Bertemakan Karektor Popular Tersebut
- RTM Terima Anugerah Stesen Televisyen Paling Premier 2023
- ATM Dilaporkan Telah Berdepan Lebih Daripada 3,600 Serangan Siber Setakat Suku Pertama Tahun Ini
- METMalaysia Lancarkan Aplikasi Cuaca Mudah Alih Baharu
- TM Dan CyberSecurity Malaysia Bersatu Perkukuhkan Ruang Siber Negara
- ATM Bersiap Siaga Mendepani Serangan Siber Ke Atas Rangkaian Komunikasi Pertahanan Negara
- TM Dan Yellow Pages Bekerjasama Dengan Funding Societies Bagi Membantu PKS
- Tampil Dengan Kelainan, TM Hasilkan Muzik Video Janaan AI
- TM Terima 2 Lagi Anugerah Inovasi Antarabangsa